[Video] Tujuh kenderaan terlibat satu kemalangan ngeri di Ipoh

Beberapa buah kenderaan mengalami kerosakkan selepas dirempuh sebuah lori di persimpangan lampu isyarat Jalan Ipoh di sini petang tadi.

Kejadian kira-kira pukul 3 petang tersebut telah dirakam menerusi kamera papan pemuka (dashcam) sebuah kereta yang memaparkan dengan jelas mengenai insiden tersebut.

Video berdurasi 45 saat itu menunjukkan kira-kira tujuh buah kenderaan telah terlibat dalam kejadian tersebut antaranya Perodua Myvi, Honda HRV, Kia Sorento dan Proton X70.

Tujuh kenderaan terlibat satu kemalangan ngeri di Ipoh

Rempuhan terbabit turut menyebabkan sebuah kereta Proton X70 melanggar sebatang pokok dan terangkat ke atas bersama Honda HRV akibat rempuhan tersebut.

Keadaan mangsa yang terlibat dan punca kejadian tidak dapat dipastikan.

Difahamkan, kenyataan polis berhubung kejadian akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/09/06/lori-sondol-king-sampai-terangkat/

BACA JUGA : ATM tarik balik arahan hukum anggota tentera yang pasangan tolak vaksin

CATEGORIES