Video propaganda tentang Covid-19 guna fakta tak tepat

Video propaganda tentang Covid-19 guna fakta tak tepat

Semalam kes dalam komuniti di Malaysia yang direkodkan cuma tinggal 17 kes.. tetapi belum mencapai 1 digit..apapun Tahniah Kementerian kesihatan.. Di Thailand semalam sudah mencatatkan kadar Sifar.. Singapura dah lebih seminggu jangkitan dalam komuniti warganya dah capai angka 1 digit..

Malah Di Vietnam sejak April dah catat kes Sifar, itupun kelmarin Vietnam kembali mencatat pertambahan kes.. ini petnda, biarpun sudah capai angka Sifar..Jangkitan boleh tetap berlaku jika tidak dikawal atau tidak menjaga jarak Social..

sama seperti Malaysia dulu, kita pernah ada 11 hari kes Sifar..tetapi selepas itu kes kembali melonjak..ini petanda di Asia tenggara ada petanda jangkitan sudah mula menurun.. seperti mana kata ketua Pengarah Ksihatan ianya pada nisbah 0,3 berbanding 1…

Minggu lepas ada sahabat share satu video mamat Mat salleh mana entah, Tiba tiba dia buat video kata Malaysia Negara terbaik di Asia tenggara tangani COVID-19.. sapa pula rajin mengupah Mat Salleh tu buat video ala ala video Nas Daily.. tengok view video dia sebelum tu pun tak ramai tengok pun.. tiba2 muncul..

Fakta Mat Salleh tu tak tepat.. dia banding populasi dengan Singapura dan jumlah kes melibatkan pekerja asing di Domitari juga tidak tepat.. kalau banding Populasi, Vietnam ada 90 juta penduduk.. tapi jumlah kes tak sampai 500 dan tiada kematian.. manakala Thailand, 60 juta lebih penduduk..kes yang dicatatkan 3200, dan hanya 56 Kematian.. malah di Singapura, biarpun jumlah kes cecah 27 ribu..tetapi hanya 20 kematian..

Bukan bermakna aku nak kata Malaysia tidak baik.. bagi aku Malaysia antara negara yang punya sistem kesihatan antara yang terbaik di Asia.. cuma fakta Mat saleh itu tak tepat..dia lebih fokus dalam video muka Menteri air Suam, bukan Ketua Pengarah Kesihatan yang diiktiraf antara watak terbaik Ketua Pengarah Kesihatan… tang situ nampak tak berapa kena..

aku tengok ramai penyokong PH pun terperangkap dengan propaganda.. Apapun, bagi pandangan aku..jika tak berlaku himpunan Tabligh.. atau tidak berlaku langkah Sheraton.. pintu masuk dikawal dengan baik.. Mungkin kita antara negara terbaik.. Bukan hanya dari sudut menjaga kesan wabak, tetapi dapat tangani kesan Ekonomi sepertimana Korea Selatan dan taiwan.. :)

Credit: Ipohmali

Sumber:

 

COMMENTS