[Video] Buat aksi lucah di Tiktok, kumpulan Dolla dikecam

Oleh INFORAKYAT

[Video] Buat aksi lucah di Tiktok, kumpulan Dolla dikecam. Gara-gara leka melakukan tarian, salah seorang ahli kumpulan Dolla, Sabronzo mengundang kecaman netizen di media sosial.

Menari menggoda

Menerusi akaun di TikTok , Sabronzo dilihat menari bersama ahli kumpulan Dolla yang lain iaitu Tabby, Angel dan Syasya.

Bagaimanapun, Sabronzo dianggap keterlaluan apabila menari tarian dipercayai gaya ‘twerk’ yang terkenal dengan aksi seksi dan menggoda.

Mengenakan ‘crop top’ Sabronzo atau nama sebenarnya Sabrina Rusli menulis kapsyen, ‘party with us.’

[Video] Buat aksi lucah di Tiktok, kumpulan Dolla dikecam

Semoga mendapat hidayah

Ruangan hantaran itu dihujani dengan komen netizen yang menyelar perbuatan penyanyi berumur 27 tahun itu.

Rata-ratanya berpendapat aksi tersebut tidak sesuai dilakukan oleh wanita beragama Islam.

Malah, ada juga wargamaya yang menitipkan doa agar Sabronzo bertaubat dan berubah menjadi insan lebih baik.

Sehingga artikel ini ditulis, video itu sudah mendapat 1.9 juta tontonan dan lebih 1000 komen.

@sabronzooooparty with us 🤪

♬ Dame Tu Cosita (feat. Cutty Ranks) – El Chombo

BACA:

Video ‘pre-wedding’ Sofyank dah level lain ni

Demi untuk warisi harta, pelakon terkenal sanggup murtad masuk agama hindu

Faizal Ismail kahwin baru di Madinah? “Saya jadi saksi pernikahan mereka..”