[Video] Bilik solat, al-quran bersih macam tak kena banjir tapi rumah berlumpur

Bilik solat, al-quran bersih macam tak kena banjir tapi rumah berlumpur. Viral di media sosial beberapa video memaparkan keadaan bilik solat dan Al-Quran berada dalam keadaan bersih seolah-olah langsung tidak terkena banjir.

Pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun yang turun padang menyertai misi menyelamatkan mangsa banjir tergamam melihat Al-Quran terpelihara di tempatnya sedangkan keadaan rumah kotor akibat banjir.

Dalam sesi langsung itu, Ustazah Asma’ turut menunjukkan beberapa barangan lain langsung tidak basah. Al-Quran juga kering dan berada kukuh di rehalnya seperti tidak disentuh air.

@syarminnAsbab sehari amal 1 hingga 2 juzuk #ustazahasmaharun #banjir2021 #banjir

♬ original sound – syrmn

Kesan air banjir di dinding rumah itu menunjukkan berada di paras kepala Ustazah Asma’.

Sementara itu, terdapat satu lagi kejadian memaparkan keadaan bilik solat yang bersih sedangkan rumah dipenuhi lumpur.

Di ruangan komen, orang ramai memuji kebesaran Allah SWT yang melindungi rumah ibadahnya daripada terkena arus banjir.

Daripada perkongsian video itu juga, orang ramai mengambil pengajaran mengenai kekuasaan Yang Maha Esa.

BACA JUGA : Durian runtuh, pembida aset sajat menang lelong RM42,000

CATEGORIES