Video Aliff Aziz usik Bella Astillah curi tumpuan gara-gara dipuji wajah seiras Tokti

Video Aliff Aziz usik Bella Astillah curi tumpuan gara-gara dipuji wajah seiras Tokti.Wajah jelita pelakon dan penyanyi, Bella Astillah sememangnya sering dikatakan mempunyai iras dengan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza oleh warganet.

Apatah lagi ketika zaman muda Datuk Seri Siti Nurhaliza atau turut mesra disapa Tokti membuatkan ramai dapat melihat persamaan wajah dia yang iras ketika itu dengan Bella Astillah.

 

Walau bagaimanapun, menerusi IG live yang telah dilakukan mereka baru-baru ini nampaknya terdapat pula satu momen yang berjaya ‘menangkap’ perhatian warga TikTok dimana sempat pula pemenang gelaran juara GV8, Aliff Aziz ini usik Bella Astillah sehingga mencuri perhatian warganet.

Video Aliff Aziz usik Bella Astillah curi tumpuan gara-gara dipuji wajah seiras Tokti pelakon  Panyanyi

Dalam perkongsian semula oleh akaun bernama, Aliffaziz_familia beberapa jam yang lalu, video klip pendek ini menunjukkan Bella Astillah menerima pujian peminat mengenai wajah dia yang mempunyai iras Tokti.

@aliffaziz_familia fav couple of the year 💞 #aliffaziz #bellaastillah #foryou #fyp ♬ original sound – AA

Lalu membuatkan Aliff Aziz mengusik isterinya itu dan klip video pendek yang dimuat naik ini meraih lebih 200,000 kali ditonton oleh warga TikTok.

Manakala menjengah ke ruangan komen, sememangnya ramai yang setuju dengan pujian diberikan terhadap Bella Astillah itu kerana wajahnya sangat salin tak tumpah seperti Tokti ketika zaman mudanya.

BACA JUGA : Teruk dikecam akhirnya DS Vida buat permohonan maaf secara terbuka
Lelaki tersesat di laut penuh jerung diselamatkan oleh sekumpulan dolphin
BKC 3 : Ini cara buat semakan jika masih belum dikreditkan

CATEGORIES