[Video] Ahli bertegang lidah, mesyuarat Umno Seremban kecoh

[Video] Ahli bertegang lidah, mesyuarat Umno Seremban kecoh

Mesyuarat Umno Seremban pada malam Isnin dilaporkan kecoh apabila berlaku pertengkaran mulut membabitkan beberapa anggota jawatankuasa termasuk Ketua Pemudanya Zool Amali Hussain.

Sinar Harian melaporkan kekecohan bermula setelah mesyuarat didakwa ditangguhkan dan ada yang tidak sempat bercakap.

“Keadaan menjadi lebih tegang apabila muncul sekumpulan individu lain yang bukan dalam kalangan ahli mesyuarat,” lapor harian itu.

Memetik Zool Amali, mesyuarat khas itu dilaporkan diadakan bagi menentukan pelaksanaan mesyuarat Umno bahagian sama ada akan dibuat secara maya atau bersemuka.

“Tapi baru lima minit mesyuarat, ia ditangguhkan,” katanya.

Dia mendakwa cubaannya penjelasan dihalang beberapa individu.

Dia membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban pada hari yang sama.

Video kekecohan tersebut turut tular di media sosial sejak malam Isnin.

Berdasarkan rakaman itu, terdapat insiden tengking-menengking yang butiran pergaduhannya tidak jelas.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/557010

COMMENTS