Veteran ATM tak berpencen yang layak akan menerima RM500 sebulan – PMX

Oleh CHE HUSNA KAMARUZZAMAN

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan bahawa Bantuan Sara Hidup (BSH)

untuk veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang tidak berpencen akan dinaikkan daripada RM300 kepada RM500 sebulan bagi yang layak.

Keputusan ini diambil untuk membantu meringankan beban kos sara hidup veteran ATM yang memerlukan.

Beliau membuat pengumuman ini pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pagi ini.

“Data-data tersebut perlu dikemas kini dan penting untuk pastikan akaun bank diberikan aktif kerana ramai dalam kalangan veteran

Veteran ATM tak berpencen yang layak akan menerima RM500 sebulan - PMX

yang akaun mereka tidak aktif menyebabkan wang yang cuba dibayar, dipulangkan semula kepada kita,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyampaian sumbangan Aidilfitri kepada 200 ahli Persatuan Veteran Tentera Tidak Berpencen (PVTTB) Pulau Pinang serta balu, di sini, pada Isnin.

Zambery turut meminta veteran yang mempunyai masalah berhubung bantuan tersebut supaya memaklumkan kepada persatuan dan bukannya mengadu dengan memuat naik hantaran di laman sosial.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya akan bertemu dengan semua wakil persatuan veteran bagi membincangkan berkaitan perlembagaan dan hal-hal lain berhubung cadangan mewujudkan persatuan induk.

“Dalam pertemuan dengan semua wakil persatuan itu juga kita akan bincang apa perubahan kepada persatuan apabila adanya persatuan induk itu nanti.

“Apabila semuanya diharmonikan, saya percaya dalam hujung tahun ini atau awal tahun depan kita ada satu persatuan baharu yang dikenali sebagai Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM),” katanya.

BACA: Dua pupu edar ‘sayur’ naik Ford ditahan Polis, rupanya ini sayur yang mereka jual