“Veteran ATM kena sidai tengah panas, pegawai duduk dalam khemah”. ORANG ramai meluahkan rasa kesal apabila melihat sebuah video, kelihatan sekumpulan warga emas dipercayai pesara tentera yang terpaksa berdiri di tengah-tengah panas pada satu acara majlis.
Seorang pengguna Twitter, @apanakdikato, berkongsi video yang mendakwa pesara-pesara tentera itu terpaksa berdiri di tengah-tengah panas hanya disebabkan meminta kebajikan mereka terjaga yang dipercayai berlaku di Putrajaya.
“Tergamak ya korang buat veteran macam ini, mereka hanya mintak kebajikan yang adil, tapi nak dapat terpaksa pula berjemur tengah panas, pegawai-pegawai pula duduk dalam khemah,” tulisnya.
Kelihatan warga emas dipercayai pesara tentera terpaksa berdiri di tengah panas di dalam satu acara majlis. — Twitter
Berdasarkan video berdurasi 32 saat itu, kelihatan bekas-bekas tentera sedang berdiri dengan keadaan yang lemah dan tidak selesa mungkin disebabkan cuaca yang panas terik.
Susulan penularan klip video itu, orang ramai meluahkan rasa marah dan kesal pada pihak penganjur kerana melayani para veteran negara seperti itu sedangkan mereka sudah berbakti pada negara.
Komen orang ramai yang marah dengan cara tindakan penganjur majlis melayani bekas para pejuang negara. — Twitter
“Dewan besar-besar punyalah banyak dekat Putrajaya ini, dataran pahlawan juga nak dibuatnya. Dah lah sekarang ini musim panas, pukul sembilan pun dah rasa macam pukul 11 pagi,” kata Zamn.
“Salah satu perkara yang tak munasabah dan yang tak logik, kau boleh sahaja sediakan khemah tak pun buat sahaja lah dekat tempat berbumbung, takkan dah pencen pun kena berjemur tengah panas macam ini,” ujar Sheishaheira.
“Dah atuk-atuk pun diorang kena jemur, tukang berucap pula lepas berucap dekat tepi aircond dijamu dengan makan sedap-sedap, siap ada pujian bagus ucapan tuan tadi,” luah SyahmiKeranda.
“Budaya membezakan orang duduk bawah kemah dengan luar kemah ni patutnya dimansuhkan, sama juga isu pelajar duduk atas lantai dewan dan guru duduk atas kerusi,” jelas Miqajelita.
Sehingga kini, video tersebut meraih lebih 103,800 tontonan dan 3,576 ribu tanda suka di Twitter.
Tiada kenyataan rasmi dikeluarkan pihak berwajib berhubung kejadian itu dan Majoriti kini cuba mendapatkan maklumat lanjut isu tersebut
BACA:
Baru je masuk tahfiz dah kena liwat dengan senior
Netizen samakan majlis Jep dengan orang berpengaruh Malaysia “pandai pilih tema..”
SPRM sahkan ada unsur rasuah dalam pembelian berkaitan Covid-19