Varian Omicron : KJ rayu ahli parlimen luluskan pindaan Akta 342

“Dengan adanya ancaman Omicron ini, saya betul-betul merayu kepada Ahli-ahli Parlimen bantu Kementerian Kesihatan untuk luluskan pindaan ini.”

Itu rayuan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang dijangka membentangkan pindaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) pada petang ini.

Beliau menyifatkan pindaan Akta 342 sebagai penting kerana akta akan menumpukan terhadap kesalahan berulang selain berdepan dengan ancaman gelombang COVID-19 varian Omicron.

Varian Omicron : KJ rayu ahli parlimen luluskan pindaan Akta 342

Khairy dijadualkan membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021 di Dewan Rakyat, petang ini.

Sehubungan itu, katanya, beliau dan Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan akan duduk bersama untuk memperhalusi garis panduan dan peraturan berhubung pindaan Akta 342 itu, pada minggu depan.

“Untuk individu kita sudah ada garis panduan, kalau tidak pakai pelitup muka, kita akan bagi nasihat dulu, ini memang jelas. Saya pun dah bagi arahan, kita jangan terus bagi denda.

“Tetapi kalau ada pesalah berulang terutama dalam kalangan orang kenamaan kita kenalah bagi sesuatu yang boleh ‘menghalang’ mereka, tetapi ini adalah pilihan terakhir.

“Saya berharap dengan adanya ancaman Omicron ini saya betul-betul merayu kepada Ahli Parlimen untuk bantu KKM meluluskan pindaan ini.

“Mustahil bagi saya untuk memasukkan perincian dalam akta, takkan saya nak masukkan denda untuk pelitup muka dan sebagainya dalam akta ini, Ini adalah akta mengenai penyakit berjangkit, semua penyakit berjangkit, bukan sahaja COVID-19,” katanya pada sidang media di Parlimen, di sini.

Khairy dijadualkan membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021 di Dewan Rakyat, petang ini.

BACA JUGA : 2 bayi alami alahan teruk setelah tersalah diberi suntikan vaksin Pfizer
Ustaz cabul 10 pelajar selepas mengaji, rasuah RM3 supaya tutup mulut

CATEGORIES