Van Jenazah tak ada, penduduk terpaksa usung mayat sejauh 13 kilometer

Van Jenazah tak ada penduduk terpaksa usung mayat sejauh 13 kilometer

Van Jenazah tak ada, penduduk terpaksa usung mayat sejauh 13 kilometer.Jenazah seorang wanita di Kalumpang, Sulawesi Barat terpaksa diusung sejauh 13 kilometer (km) untuk dikebumikan disebabkan ketiadaan van jenazah.

Lapor Kompas.com, wanita yang dikenali sebagai Tanisa meninggal dunia di hospital di Kabupaten itu selepas beberapa hari menerima rawatan.

Anak saudara mangsa, Fenny Tadius berkata, ahli keluarganya mahu jenazah dikebumikan di kampung.

Katanya, dia berusaha meminta bantuan hospital untuk menggunakan ambulans bagi menghantar jenazah ke kampung halaman.

“Kami kecewa apabila pihak hospital tidak mahu menghantar jenazah ibu saudara saya ke kampung untuk dikebumikan.

Van Jenazah tak ada, penduduk terpaksa usung mayat sejauh 13 kilometer

“Mereka memberi alasan ambulans berkenaan hanya boleh digunakan untuk membawa pesakit bagi mendapatkan rawatan,” katanya.

BACA:

Geng RXZ members pakat serbu D’flora selepas event, Darlene kembali senyum

‘Sikok bagi duo’ cipta fenomena luar biasa di Tiktok, ini rupanya penyanyi dia

Air Asia kini sedia servis terbangkan makanan popular dari P.Pinang ke KL, caj tak masuk akal!

CATEGORIES