Ustazah suka jalin hubungan dengan suami orang, bila kantoi rupanya guan fon anak

Oleh AHMAD SULAIMAN

Gugur jantung seorang anak apabila diberitahu telefon pintar yang diberikan kepada ibu tersayang digunakan untuk berhubung dengan lelaki bukan mahram.

Hati sang anak semakin remuk dan berkecai apabila mendapat tahu bahawa lelaki berkenaan sebenarnya adalah suami orang yang sudah memiliki lima zuriat sendiri.

Menurutnya, perkara terlarang tersebut akhirnya terbongkar apabila adiknya mulai perasan akan perubahan drastik ibu mereka yang memegang gelaran ustazah itu.

“Berderau darah aku malam ini. Aku baru nak mula lelapkan mata. Tiba-tiba adik aku hantar pesanan di aplikasi Whatsapp,

‘abang, adik rasa ada sesuatu yang tidak kena dengan ibu’. Maka dia pun mulakan cerita dari A sampai Z.

Ustazah suka jalin hubungan dengan suami orang, bila kantoi rupanya guan fon anak

“Rupa-rupanya mak aku berhubungan dengan kawan sekolah dia dulu. Berhubung bukan sekadar berbual kosong. Siap on-call setiap hari, pagi dan petang. Adik aku periksa senarai panggilan. Mak aku memang tak simpan nombor itu.

“Tetapi adik aku perasan memang nombor sama selalu telefon. Sampailah adik aku ada terbaca, lelaki itu panggil mak aku sayang. Pehh. Mak aku ini orang baik, ustazah. Tiap minggu pergi majlis ilmu. Nak kata sunyi, adik aku di rumah,” katanya.

Pemuda itu bagaimanapun tidak dapat mengenal pasti punca ibunya menjalinkan hubungan dengan suami orang sedangkan adik beradiknya sering menghubunginya.

Khuatir dirinya bakal hilang pertimbangan, anak lelaki kepada ustazah itu membuat keputusan untuk meminta cadangan dan pendapat daripada pengguna media sosial.

“Seorang lagi adik yang belajar dekat universiti, selalu telefon dia. Aku pula tiga hari sekali akan telefon. Aku sudah tak tahu nak buat apa lagi. Adik aku siap beri akaun Facebook jantan itu. Anak sudah lima orang.

“Lelaki itu duduk tak jauh dengan aku. Allah. Tak boleh tidur aku malam ini. Karang ada juga gegar pintu rumah orang tengah malam. Tolong aku weh. Apa patut aku buat, sebelum aku hilang pertimbangan. Aku sebenarnya sudah lama syak perkara ini.

“Sejak aku belikan telefon pintar untuk mak aku. Tetapi aku memilih untuk husnuzhon (bersangka baik) sahaja. Tolong sangat, aku merayu. Tunjukkan jalan pada aku.” Pinta sang anak masih mencari jalan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Baca juga:

BAA: Rumah banyak garam tapi pelik kenapa mak selalu minta jiran, alasannya buat ramai terkedu