Ustazah beri 5 situasi boleh mengundang penyakit ain

Oleh DAHLIA MARZUKI

Dalam era media sosial kini, setiap perkongsian yang kita buat perlu dilakukan dengan berhati-hati, kerana ia berisiko mengundang penyakit ain.

Ramai mungkin memandang ringan tentang penyakit yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar ini,

Namun hanya apabila terkena pada diri sendiri, barulah kesannya dirasai.

Sebenarnya, Rasulullah SAW telah memberikan peringatan tentang kewujudan penyakit ain.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas RA, baginda bersabda:

Ustazah beri 5 situasi boleh mengundang penyakit ain

“Penyakit Ain itu haq (benar-benar wujud). Jika ada sesuatu yang mendahului takdir, nescaya ain akan mendahuluinya.

Jika diminta kepada kamu untuk mandi (untuk penyembuhan), maka mandilah.”
[Riwayat Muslim (5831)]

Oleh itu, kita digalakkan untuk lebih berwaspada dan menghindari perkara yang boleh mengundang penyakit ain. Dalam satu hantaran di Facebook, Ustazah Marhamah Rosli, seorang pendakwah bebas dan pakar motivasi, telah berkongsi lima peringatan untuk mengelak daripada terkena penyakit ini:

1. Menunjuk Bahagia Secara Berlebihan

Kebiasaan berkongsi hadiah daripada pasangan, percutian mewah, atau pencapaian kecil tanpa pertimbangan boleh mengundang rasa iri hati.

Tidak semua orang yang melihat perkongsian kita mampu menerima kebahagiaan itu dengan hati yang terbuka. Ada yang sedang diuji dengan pasangan bermasalah atau kehidupan yang sukar.

2. Berkongsi Kejayaan Tanpa Hikmah

Memamerkan slip gaji, pencapaian anak, atau kejayaan perniagaan dengan niat untuk meraikan atau memberi inspirasi boleh menjadi punca iri hati jika tidak disertai dengan hikmah atau pengajaran. Perkongsian tanpa tujuan yang jelas mungkin menjadi ujian kepada diri sendiri.

3. Memamerkan Kecantikan dan Fizikal Secara Berlebihan

Dalam dunia media sosial, berkongsi gambar selfie dengan solekan menarik, tubuh langsing selepas bersenam, atau gaya hidup mewah menjadi trend. Namun, ramai terlupa bahawa pandangan kagum tanpa doa keberkatan daripada orang lain boleh membawa mudarat kepada diri.

4. Mengabaikan Zikir dan Doa Perlindungan

Zikir adalah perisai yang diajarkan oleh Rasulullah SAW untuk melindungi kita daripada penyakit ain dan bahaya lain. Namun, alasan kesibukan sering membuat kita lalai. Jangan tunggu musibah berlaku baru mahu kembali mengamalkan doa dan zikir.

5. Tidak Menjaga Privasi Nikmat Allah

Segala nikmat yang kita miliki hanyalah pinjaman daripada Allah. Jika tidak dijaga dengan kesyukuran dan privasi, nikmat tersebut boleh hilang dalam sekelip mata.

Kesimpulan

Berhati-hati dengan apa yang kita kongsi di media sosial. Sentiasa berzikir dan memohon perlindungan kepada Allah agar dijauhkan daripada penyakit ain. Lebih penting, jagalah privasi dan nikmat yang Allah kurniakan kepada kita.

BACA:lelaki maut selapas ajak lakukan aksi “ringan- ringan” ketika cuti bersama