‘Ustaz pun teruk perangai’, Cara penyampaian ilmu Ustaz Ahmad Dusuki dikecam netizen

Oleh AHMAD SULAIMAN

Baru-baru ini, Ustaz Ahmad Dusuki memuat naik perkongsian tentang salah faham dalam menilai kecantikan manusia, yang sering diukur berdasarkan penampilan fizikal.

Beliau menegaskan bahawa kecantikan sebenar tidak dapat diukur dengan pandangan kasar manusia.

Jika kecantikan dinilai hanya dari segi penampilan luaran, maka tindakan itu sebenarnya membenarkan kemaksiatan, sebagaimana syaitan mempermainkan pandangan kita.

'Ustaz pun teruk perangai', Cara penyampaian ilmu Ustaz Ahmad Dusuki dikecam netizen

Bagaimanapun, cara Ustaz Ahmad menyampaikan ilmu ini mencetuskan pelbagai reaksi dari kalangan netizen kerana menggunakan gambar seorang pelakon wanita tanpa hijab sebagai contoh.

Pelakon, Lufya Omar turut memberikan pandangan di mana beliau tidak bersetuju dengan pendekatan yang digunakan oleh pendakwah tersebut kerana ia boleh memalukan individu yang berkenaan.

ahmad dusuki

Baginya, penggunaan gambar seorang artis untuk tujuan pendidikan seharusnya dielakkan kerana ia boleh menjejaskan martabat individu tersebut.

Lufya juga berkongsi pengalamannya dalam proses berhijrah, di mana sokongan dan nasihat dari orang-orang alim tanpa prasangka telah membantunya membuka hati untuk mengubah kehidupan menuju jalan yang benar.

Dengan pendekatan yang bersifat terbuka dan memahami, individu yang tersesat dalam kesesatan akan lebih menerima nasihat dan bersedia untuk beralih ke jalan yang benar.

BACA: Patutlah ramai yang beli, restoran sandwic terkenal guna lipas sebagai pelaris