Ustaz ini dedah ‘Taqiyyah’ level tertinggi buat pemimpin Bersatu pun mudah tertipu

Oleh AHMAD SULAIMAN

Taqiyyah tertinggi dalam kultus GISBH ini adalah, untuk berkata “Abuya kami itu sesat”, depa tak akan sebut.

Tapi depa akan ulangi lagi kesasatan atas jenama baharu.

Hinggalah hari ini Kerajaan terpaksa buat operasi besaran lagi sekali, demi selamatkan aqidah ummah yg disesatkan oleh kepuraan GISBH kamu itu. Itu pun kamu nak nafikan juga…

1979 : Asaari Muhammad menafikan bahawa dia meyakini Sheikh Muhammad As Suhaimi sebagai Imamul Mahdi, ini berlaku ketika beliau ditanya oleh JAWI.

1986 : Ketika berselisih dengan Ustaz Mokhtar Yaakob, sekali lagi beliau nafikan kepercayaan beliau bahawa Imamul Mahdi adalah Sheikh Muhammad As Suhaimi.

Ustaz ini dedah 'Taqiyyah' level tertinggi buat pemimpin Bersatu pun mudah tertipu

1987 : Asaari Muhammad menulis sebuah buku yang berjudul “Aurad Muhammadiyah Pegangan Darul Arqam”, dalam buku tersebut beliau nyatakan keyakinan beliau bahawa As Suhaimi adalah Imamul Mahdi. Ertinya pengakuan beliau pada tahun 79&86 adalah PALSU !!!

https://www.facebook.com/ridzwan.abubakar/posts/pfbid02ox3sceRVGd3Dbsxns2LSBhEv1s9wNrxyYyRq5pHRV63wekfLfJkraapGhogdBnVVl

1994 : Asaari Muhammad ‘bertaubat’ dari segala amalan dan keyakinan berkaitan Aurad Muhammadiyah !!!

2004 : Asaari Muhammad ditahan ‘di rumah’ kerana usaha untuk menghidupkan semula Al Arqam atau Aurad Muhammadiyah.

2010 : Asaari Muhammad mati !, tetapi Isteri beliau Khatijah Am mendakwa bahawa beliau hanyalah ‘ghaib’ sahaja dan tidak mati. Menantu beliau, Lukmanul Hakim Forten telah mewakili keluarga dalam satu sidang media menyatakan bahawa “isu ghaib hanya kekhilafan sahaja”.

2011 : Khatijah Am meneruskan ajaran ‘songsang’ suaminya dengan menambah lagi keyakinan terhadap ‘ghaibnya’ Asaari Muhammad, setelah sebelumnya yang diyakini ghaib hanyalah Sheikh Suhaimi. Era ini dikenali sebagai era RSA (Rasulullah, Saidi – merujuk kepada Sheikh Suhaimi dan Abuya – merujuk kepada Asaari Muhammad).

2011-2013 : Atas nama GISB, mereka beroperasi dari Mekah. Dalam era inilah lahirnya dakwaan ; seks suci Islam, Istana Rasulullah perlukan aircond, power Kaabah dah hilang dan macam² dakwaan pelik lagi.

Dalam awal tempoh ini, anak² Asaari Muhammad seperti Fakhrul Razi dan lain² masih bersama Khatijah Am, tetapi di akhir era ini, mereka telah menubuhkan AFT (AL BAB FAMILY TRADING @ AL FATA TAMIMI). Dalam era ini pemimpin mereka dikenali sebagai SYEIKH (di depan nama) dan diletakkan AR di belakang nama (ALLAH REDHA – terjemahan dari RADHIYALLY ANHU)

2013 : Setelah ditahan di Saudi, dan dihantar balik ke Malaysia, Khatijah Am mengisytiharkan taubat di JAIS, siap ada sijil taubat lagi !!!

2013 – 2015 : Dalam era ini, pemimpin GISB / ARQAM ‘amat gila’ dengan gelaran DATUK, depa usahakan untuk dapat DATUK dari Palembang yang tidak diiktiraf, semasa itu ramai yang bergelar DATUK PANGIRAN termasuklah Pengerusi setelah Khatijah (Rasidi Abdullah).

2015 : Khatijah Am meninggal dunia, beliau diganti oleh Rasidi Abdullah.

2024 : Khaulah Asaari (Anak Asaari dan Khatijah Am) menafikan mereka mengamalkan Aurad Muhammadiyah!!!!
Boleh percaya ka ??

Tun Faisal boleh la hang goreng Khaulah oooo

BACA: Berhajat cari rumah lelong? Peguam hartanah ini ajar cara pasti tak ter’ciduk’