Ustaz Don ajar cara mangsa keganasan rumah tangga untuk lari suami naik tangan

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

Baru-baru ini, pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal, telah memberikan nasihat kepada golongan isteri

Ada yang berdepan dengan situasi kekerasan rumah tangga yang dilakukan oleh pasangan mereka.

“Kita kena sayang diri kita dulu”

Melalui sesi temubual bersama sebuah portal hiburan, Ustaz Don menegaskan bahawa selain berdoa kepada Allah SWT

untuk diberi jalan keluar, para isteri juga perlu membuat laporan polis jika suami sudah bertindak kekerasan.

Ustaz Don ajar cara mangsa keganasan rumah tangga untuk lari suami naik tangan

“Jangan hanya berdoa, kena buat laporan polis. Kita kena sayang diri kita dahulu.

Macam mana Allah nak suruh makhluk lain sayang kita kalau kita sendiri tak sayangkan diri kita,” ujarnya.

Allah SWT cipta kaum hawa untuk dilindungi

Dalam masa yang sama, Ustaz Don turut memberi pesanan kepada para suami, mengingatkan mereka bahawa Allah menciptakan wanita untuk dihargai dan dilindungi, bukannya disakiti.

“Jadi jika suami menunjukkan ‘bahasa cinta’ melalui kekerasan, Islam sendiri menggalakkan isteri untuk mengadu. Kasar sangat cara suami menunjukkan cinta,” tambahnya.

Sebelum ini, tular mengenai bekas model popular, Zahnita Wilson dan Elliza Razak, yang berkongsi penderitaan mereka di media sosial mengenai pengalamannya dikasari suami selama bertahun-tahun.

BACA: Artis terkenal maut selepas sesi urut