Usahawan kosmetik diculik sudah dibawa jauh ke Myanmar, kata polis Thailand. Sudah hampir lima hari seorang ejen kosmetik, Rosnazirah Mohd Naim, 36, didakwa diculik sekumpulan lelaki ke negara jiran. Sehingga kini, polis Thailand masih giat meneruskan operasi mengesannya.
Memetik laporan terkini Buletin TV3, pihak berkuasa Thailand melakukan pencarian di banyak premis termasuk semua resort di Narathiwat yang dikenali pasti dijadikan tempat persembunyian.
“Sejak hari pertama kehilangan mangsa lagi kami menjalankan operasi mengesan selama 24 jam namun setakat ini pencarian masih belum berhasil.
“Serbuan sudah dibuat di semua premis yang boleh dijadikan tempat persembunyian termasuk chalet dan resort di sekitar Narathiwat,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Sumber juga memberitahu, mereka tidak menolak ada kemungkinan mangsa sudah dibawa lebih jauh iaitu Bangkok atau sempadan Thailand-Myanmar.
Dalam kejadian jam 5.10 petang Selasa lalu, wanita itu diculik sekumpulan lelaki dari kediamannya di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu, di sini.
Mangsa itu dilarikan dengan menaiki kereta jenis Toyota Vios dan terdapat penduduk memaklumkan melihat mangsa dibawa menaiki bot ke Thailand, sebelum kereta terbabit ditemui jam 10 malam hari yang sama di Kampung Kuala Jambu, Pengkalan Kubor.
Susulan itu, polis sudah menahan tiga individu termasuk suami mangsa yang mempunyai dua rekod jenayah lampau dalam aktiviti sindiket dadah dan seorang wanita berusia 35 hingga 47 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 3(1) Akta Culik 1961.
BACA:
Remaja pertaruh nyawa selamatkan budak dalam banjir, sikit lagi kena renjatan elektrik
Video anak Dr Sheikh jadi tumpuan, “mak ayah hebat, anak sekolah biasa-biasa je”
Jisoo Blackpink akui hanya mandi separuh badan sahaja