Sebagai pelanggan, kita pasti ingin melihat makanan yang disediakan disiapkan dengan teliti dan juga dalam keadaan yang bersih.
Penggunaan sarung tangan juga membuatkan makanan tersebut akan lebih bersih kerana terhindar dari tangan penyedia makanan.
Namun, ada juga sarung tangan yang tidak sesuai digunakan ketika memasak.
Terbaharu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menegur seorang peniaga yang tular
kerana menggunakan sarung tangan berwarna kuning ketika menyediakan makanan.
Replying to @meowmeow Sebelum ni Dania dh pernah share mcm mana Dania masak Nasi Khao Mok ni. Harini Dania nak kongsi juga cara Dania buat Air Asam Siam ni. Y
ang suka masam masam mmg wajib cuba. Mmg sedap sangat. Yang nak buat dkt rumah dipersilakan Dania halalkan je resepi ni yea 🥰 Jemput datang bazaar kita & ipoh night market.
♬ Dj Rhamadan Full Bass – REFFI YOGI
“KKM ingin memaklumkan penggunaan sarung tangan berwarna kuning adalah untuk pencucian dan tidak sesuai untuk pengendalian makanan.
“Sarung tangan jenis nitrile (powder-free-glove) paling selamat untuk mengendalikan makanan kerana tidak meninggalkan sisa kotoran.
“Bagi mengelakkan pencemaran silang sarung tangan hendaklah dipakai untuk sekali guna sahaja,” ciap KKM menerusi platform X pada Rabu.
Tambah lagi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga menawarkan Pensijilan Gred Makanan (Food Grade) untuk bahan bersentuhan makanan, termasuk sarung tangan. Pihak industri diberi peluang untuk memaparkan logo pensijilan tersebut pada produk yang telah dipersijilkan.
KKM telah membuat teguran selepas video seorang usahawan makanan terkenal, Dania Sedek, menjadi viral kerana menggunakan sarung tangan berwarna kuning semasa menyediakan resipi air asam Siam.
Menerusi video yang menjadi viral itu, Dania dilihat mencuci tangannya dengan air paip dan sabun sebelum memakai sarung tangan berwarna kuning tersebut.
Baca juga: ‘Tak rancang pun, tetapi sudah terjadi’ Mawi tiba-tiba botakkan kepala, rupanya ini sebab