Usah debat isu sekolah vernakular, kerajaan PN tidak akan mansuh – Saifuddin

Usah debat isu sekolah vernakular, kerajaan PN tidak akan mansuh – Saifuddin

Isu pemansuhan sekolah vernakular bukan satu keutamaan untuk dibahaskan buat masa ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, ini kerana keutamaan kerajaan ketika ini untuk memberikan kualiti pendidikan yang terbaik.

“Sekolah vernakular telah wujud sejak sekian lama dan membentuk peranan yang unik dalam sistem pendidikan negara kita.

“Saya pasti kerajaan hari ini tidak akan mengganggu peranan yang dimainkan oleh sekolah vernakukar ini.

“Saya ambil contoh Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Lancang, Pahang, jumlah pelajar Melayu yang bersekolah di situ lebih ramai berbanding pelajar Cina sebab di situ bandar orang Melayu, tapi kita tidak boleh tutup sebab sudah lama di situ,” katanya pada sidang media khas di kementeriannya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai gesaan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) supaya semua sekolah vernakular dimansuhkan secara berperingkat.

Ketua Armada Nasional, Wan Ahmad Fayhsal dilaporkan berkata, usaha tersebut perlu menjadi keutamaan agenda nasional dan bukannya digunakan sebagai bahan politik untuk meraih undi.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, beliau tidak tahu sama ada pandangan Wan Ahmad Fayhsal itu suara peribadi atau parti namun katanya semua pihak perlu melihat isu tersebut dalam aspek yang lebih meluas.

“Saya sedar bahawa isu sekolah vernakukar ini diperdebatkan tetapi saya percaya kita perlu melihat dalam aspek yang lebih besar dan positif,” katanya.

Artikel berkaitan :

Bina lebih banyak sekolah cina, ISMA luah rasa kecewa dengan k’jaan PN

Kerajaan PN rancang bina lebih banyak sekolah cina, Dong Zong zahir kegembiraan

Sekolah vernakular : Dong Zong licik atau parti melayu Islam pakai gigi palsu?

Sekolah Vernakular : Ketua Pemuda MCA sekolahkan Wan Fayhsal

 

Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/98731/BERITA/Nasional/Mansuh-sekolah-vernakular-bukan-keutamaan-Saifuddin

COMMENTS