‘Upin Ipin culture shock, kesian Opah’ Karakter Upin Ipin jadi visual konsert

Oleh CHE HUSNA KAMARUZZAMAN

Baru-baru ini, seorang DJ dari Indonesia, DJ Wukong, berkongsi rakaman video di mana dia menggunakan visual konsert yang menyerupai karakter Upin & Ipin semasa persembahannya.

Dalam video yang dimuat naik di akaun TikTok DJ tersebut, karakter mirip Upin muncul dari skrin besar di belakang set DJ.

Karakter itu berlari-lari sambil memancarkan kilatan berwarna biru dari sekeliling matanya.

Kemudian, karakter tersebut mengeluarkan corak pada seluruh bahagian tubuhnya yang terdedah,

manakala mata dan mulutnya pula memancarkan sinaran cahaya berwarna biru.

'Upin Ipin culture shock, kesian Opah' Karakter Upin Ipin jadi visual konsert

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang terkejut melihat karakter mirip Upin & Ipin berada di konsert DJ tersebut. Karakter animasi yang terkenal sebagai ‘mesra kanak-kanak’ kini telah bertransformasi menjadi hiburan untuk orang dewasa.

Pada masa yang sama, ada yang berbangga melihat animasi tempatan itu menjadi kegilaan di negara jiran, bukan sahaja di kalangan kanak-kanak, tetapi juga orang dewasa.

@wukongofficial INDONESIA RISING BABY⚡️⚔️ #djwukong #indonesia #jakarta #upinipin ♬ original sound – DJ WUKONG

Sebelum ini, pakar di Indonesia mengakui bahawa animasi Upin & Ipin merupakan salah satu medium yang berkesan dalam menyebarkan propaganda budaya dan kehidupan seharian masyarakat Malaysia, yang kini mula ‘meresapi’ kehidupan masyarakat setempat di Indonesia.

Namun, pakar tersebut juga berpendapat bahawa animasi ini mempunyai nilai positif yang dapat mengeratkan hubungan persaudaraan antara masyarakat Indonesia dan Malaysia.

BACA: Tak perlu hantar tentera untuk balas serangan, ramai rakyat Israel mati tanpa tahu sebabnya