Undi Melayu kini beransur-ansur kembali kepada Umno

Oleh DAHLIA MARZUKI

Muhyiddin gentleman. Dia kata “Kita terima isyarat Mahkota dengan berlapang dada dan ambil langkah segera baiki prestasi parti.”

Pemimpin PAS pula diam diri. Akhbar rasmi PAS Harakah Daily berkata, Mahkota tidak beri kesan negatif pada PN di peringkat nasional.

Pas ada sindrom “denial”. Mungkin PAS yakin tidak ada kesan pada parti itu.

Kesan buruk hanya pada Bersatu. Walhal PAS kalah teruk di Nenggiri

Tapi komen Presiden Gerakan lebih terbuka. Dominic Lau amat bimbang pengaliran balik undi Melayu kepada BN di PRK Nenggiri dan Mahkota.

Undi Melayu kini beransur-ansur kembali kepada Umno

Ia trend baru pengundi Melayu pada UMNO. Nenggiri majoriti Melayu dan luar bandar. Mahkota kawasan campuran dan bandar. Tetapi UMNO tetap menang besar.

Walaupun peratus yang keluar mengundi rendah tapi majoriti 20,648 amat luar biasa. Ada kemungkinan majoriti tambah besar jika peratus yang keluar mengundi lebih tinggi.

Dominic kata jika kerjasama UMNO-DAP berterusan ke PRU 16, landskap politik negara secara ketara akan berubah.

Benar jika pemimpin UMNO membuktikan kerjasama UMNO-DAP tidak merugikan Melayu-Islam manakala PKR mengambil jalan seimbang maka Kerajaan Perpaduan akan tambah kuat. Ia ancaman pada PN.

Kerajaan Perpaduan yang kuat akan mengurangkan suhu 3R. Apakah itu isyarat pengundi Nenggiri dan juga Mahkota? Apakah dua PRK itu isyarat untuk PRU 16?

Isham Jalil sahaja yang tidak mahu terima isyarat tersebut. Masih lagi dengan ideologi “No DAP”. Kenapa Bersatu guna pakar kempen atas kertas macam Isham. Bukankah Radzi Jidin ada. Dia ori. Isham pula orang buangan UMNO.

Isham berkeras mahu indoktrin ideologi “No DAP” kepada orang Melayu. Tak jalan.

BACA: ‘Menteri dah turun padang tahun lepas, dah setahun tak selesai juga’ ADUN Pelabuhan Klang