Umur 23 tahun dah dapat hadiah Lambo RM1.5 Juta sempena birthday

Umur 23 tahun dah dapat hadiah Lambo RM15 Juta sempena birthday

Umur 23 tahun dah dapat hadiah Lambo RM1.5 Juta sempena birthday. Untungnya wanita ini! Usia baru 23 tahun dapat hadiah Lamborghini. Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu.

Bagaikan mimpi jika dihadiahkan barangan mewah apatah lagi nilainya jutaan ringgit.

Setiap insan pasti gembira apabila hari ulang tahun kelahiran diingati bukan itu saja malah menerima kejutan dengan hadiah yang cukup mewah.

Untungnya Wanita Ini! Usia Baru 23 Tahun Dapat Hadiah Lamborghini

Pastinya momen sambutan kelahiran yang ke-23 wanita yang juga influencer media sosial turut bergelar usahawan yang juga pemilik nama sebenar Siti Suriani Wahiddin atau lebih dikenali dengan panggilan Siti Jamumall tidak akan dilupakan.

Momen berharga tersebut tidak dijangka dan seperti bermimpi tatkala menerima hadiah mewah itu daripada insan istimewa Mommy Hana.

“SAYA BERASA SANGAT TERKEJUT DAN TANGAN TERKETAR-KETAR.

Umur 23 tahun dah dapat hadiah Lambo RM15 Juta sempena birthday

“ALHAMDULILLAH, SYUKUR KEPADA ALLAH.

“Sejujurnya, saya tidak pernah menjangka malah jauh sekali terfikir akan mendapat hadiah mewah ini. Sebak dan tak terkata dibuatnya,” luah Siti Jamumall yang cukup terharu.

Untungnya Wanita Ini! Usia Baru 23 Tahun Dapat Hadiah Lamborghini Nilai RM1.5 Juta Sempena Hari Jadi
Kenangan Berharga Dalam Diri
Di kala rakan lain seusianya masih mencari pekerjaan, Siti Jamumall sangat beruntung kerana mendapat hadiah Lamborghini Hurucan dengan nilai RM1.5 juta.

“Terima kasih kepada Mommy Hana yang berjaya membuat kejutan ini pada sambutan hari jadi saya.

“Sebelum ini saya ada berkolaborasi dengan Mommy Hana.

“Jadi, sewaktu sesi ‘live’ di TikTok, dalam tempoh enam jam saya berjaya mencapai jualan lebih RM1 juta. Bagi saya, ia memang sesuatu yang luar biasa.

“Sekarang saya juga adalah top 1 untuk ‘ranking sale’ paling banyak dalam jangka masa yang singkat yang mana dalam tempoh satu jam ‘live’ terus hit,” katanya.

Untuk pengetahuan, Mommyhana dikenali dengan produk interaktif My first book, ExcelHana dan mengeluarkan produk pendidik berteknologi.

BACA: 

Melopong gadis ni tahu harga bilik sewa KL ‘sekangkang kera’ ni

Perangai Pak Cik tua kacau anjing masa balik masjid curi tumpuan

CATEGORIES