Umno umum tanding sedikit sahaja di Kelantan

Umno umum tanding sedikit sahaja di Kelantan

Beberapa perkara dipersetujui antara UMNO dan Pas dalam soal pengagihan kerusi untuk ditandingi kedua-dua parti itu di Kelantan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa berkata, parti itu juga tidak mempunyai masalah sekiranya Pas diberi majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk ditandingi di negeri tersebut.

“Tidak menjadi masalah sekiranya Pas mahu bertanding majoriti kerusi (DUN) di Kelantan. Beberapa prinsip tertentu telah dipersetujui,” ciap Annuar di Twitter sebentar tadi.

Beliau yang merupakan Ahli Parlimen Ketereh berkata, bagaimanapun rundingan secara terperinci antara kedua-dua parti dalam soal pengagihan kerusi di Kelantan masih berjalan.

Berita penuh :

https://www.sinarharian.com.my/article/101490/BERITA/Politik/UMNO-tiada-masalah-Pas-bertanding-majoriti-di-Kelantan

COMMENTS