Umno tunggu perkembangan pertemuan Anwar dengan YDP Agong

Umno tunggu perkembangan pertemuan Anwar dengan YDP Agong

UMNO akan meneliti hasil pertemuan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 13 Oktober ini.

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam satu kenyataan berkata, pendirian UMNO jelas seperti keputusan Majlis Kerja Tertinggi terdahulu.

Ia mengenai dakwaan Anwar bahawa beliau mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong untuk menghadap pada hari Selasa depan.

Presiden PKR itu turut memaklumkan akan mengemukakan dokumentasi majoriti Ahli Parlimen yang kuat dan meyakinkan seperti yang beliau pernah sebutkan sebelum ini.

Anwar juga meminta rakyat Malaysia untuk tenang, menjaga kesihatan dan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang sedang berjalan.

Anwar pada 23 September lalu mengadakan sidang media untuk mengatakan bahawa beliau mempunyai ‘majoriti kuat dan meyakinkan’ di Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan jumlah ahli Parlimen yang menyokongnya dan mengatakan hanya akan melakukannya setelah mengadakan pertemuan dengan Yang DiPertuan Agong.

Ahmad Zahid dalam satu kenyataan selepas itu menyatakan bahawa UMNO dan Barisan Nasional tidak dapat menghalang sekiranya ada ahli Parlimen dari parti itu yang menyokong Anwar.

Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/104454/BERITA/Politik/UMNO-teliti-dahulu-hasil-pertemuan-Anwar-Ahmad-Zahid

COMMENTS