UMNO tak berjawatan bising kritik PN, UMNO berjawatan terkunci mulut

UMNO tak berjawatan bising kritik PN, UMNO berjawatan terkunci mulut

Semua pemimpin Umno yang tidak berada dalam kerajaan mengkritik cara kerajaan PN diuruskan terutama cara Muhyiddin melayan parti Umno berkaitan kedudukan mereka dalam kerajaan. Bermula daripada Timbalan Presiden, Mohamad Hassan membawa kepada Naib Presiden Khaled Norden, ahli MT, Tajuddin Rahman dan terbaru Rahman Dahlan, semua bersuara menyatakan ketidaksenangan mereka cara Muhyiddin layan Umno.

Semua mengakui bahawa perikatan dalam kerajaan PN tidak berlaku seperti mana cuba digambarkan hari ini. Sebaliknya apa yang berlaku Umno bermuafakat dengan Pam menerusi Muafat Nasional.

Apa yang kita nampak disini hanya mereka yang tidak ada atau diberi jawatan dalam kerajaan sahaja bersuara, manakala mereka yang sudah ada jawatan diam membisu. Annuar Musa yang sebelum ini menjadi jurucakap Umno, senyap tupas, kerana sudah dilantik jadi menteri kiri. Kalau dilantik jadi menteri kanan mungkin hilang suara terus. Begitu juga dengan Khairy Jamaluddin diam membisu.Ada beberapa kerat yang lain lagi.

Apakah mereka berjuang dan menggunakan rakyat untuk kepentingan mereka sahaja? Kalau begitu, makna apa dilaungkan selama ini kononnya untuk rakyat, untuk rakyat hanya tipu belaka. Hal sama juga terjadi kepada pemimpin Pam, apa yang mereka tuntut di luar kerajaan dulu kini tidak kedengaran lagi. Nampaknya sangat berkuasa dan berkesan jawatan untuk menutup mulut seseorang.

Kalau begitu letih Muhyiddin untuk menutup mulut sebahagian yang lain kerana jawatan sudah habis dan terpaksa dicipta jawatan lain. Trims.

Sumber:

COMMENTS