UMNO sudah terperangkap dengan jerat Azmin

UMNO sudah terperangkap dengan jerat Azmin

Umno sepatutnya dari awal tidak terperangkap dengan perancang utama Azmin Ali dalam Langkah Sheraton.

Jika Umno bersabar sedikit, ins sha Allah Pilihanraya Umum Ke-15 UMNO yang menjadi tunjang kepada Barisan Nasional akan kembali memerintah, apatah lagi dibantu oleh pengundi tegar Parti Islam Malaysia.

Bermula Pilihanraya Kecil Cameron Highland, Semenyih, Rantau, Tanjung Piai dan terakhir Kimanis, mood pengundi sudah mula kembali menyokong Barisan Nasional serta bakal menolak Pakatan Harapan pada PRU15.

Penyertaan Umno menyokong penuh perancangan Langkah Sheraton menyebabkan imej Umno sebagai sebuah parti Melayu dipandang buruk. Umno menganggap ia sebuah parti Melayu, adakah adab Melayu menyokong khianat? Pantang Melayu melihat khianat dan pengkhianatan memperolehi kemenangan. Sejarah si Kitul perlu dijadikan sebagai pengajaran. Umno terperangkap dengan permainan Azmin Ali.

Umno lihat bagaimana permainan Azmin Ali, presiden Umno sendiri tiada tempat sedangkan Azmin yang membawa 10 orang-orangnya mampu menempatkan semuanya berjawatan di dalam kabinet.

Kini Umno sedang menikmati jawatan di peringkat GLC kerana menyokong penuh langkah pengkhianat untuk jatuhkan kerajaan Pakatan Harapan yang dipilih oleh rakyat.

Jawatan-jawatan yang diperolehi seperti menerima sogokan demi sogokan untuk mempertahankan kuasa seseorang individu. Tak malukah Umno kamu menerima jawatan-jawatan itu. Halalkah gaji dan elaun yang diperolehi hasil menyokong pengkhianat? Betul-betul imej melayu ialah Timbalan Presiden Umno yang menolak jawatan GLC. Ia boleh dinobatkan selaku pemimpin Melayu yang takkan hilang di dunia. Timbalan presiden Umno yang berjiwa besar.

UMNO perlu lihat segala tindak tanduk Muhyiddin sekarang ini di belakangnya adalah Azmin Ali.
Azmin Ali sedang mengatur langkahnya untuk melangkah jauh. Umno telah selamatkan Azmin Ali untuk mencapai impiannya.

Umno jangan biarkan kelicikan Azmin Ali. Permainan selamat dan suka mengeksploitasikan orang itulah budaya Azmin Ali. Ia akan pergunakan secukupnya demi mencapai cita-citanya.

COMMENTS