Umno pilih selasa untuk mesyuarat majlis tertinggi

Umno pilih selasa untuk mesyuarat majlis tertinggi

Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno yang dijadualkan berlangsung esok ditangguhkan kepada 20 Oktober ini.

Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan berkata, mesyuarat itu akan diadakan di sebuah lokasi di Pahang pada jam 3 petang.

Ia susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di beberapa negeri manakala ramai yang mahu menghadiri mesyuarat secara bersemuka berbanding mesyuarat sebelum ini yang dirancang secara dalam talian.

“Jadi kami merasakan ia perlu dibincangkan dengan lebih teliti dengan mesyuarat berlangsung secara semula di sebuah lokasi di Pahang.

“Oleh itu, mesyuarat MT Umno sepatutnya berlangsung esok ditangguhkan dan akan diadakan pada Selasa ini,” katanya yang dipetik oleh portal Utusan Online.

Bagaimanapun, Ahmad enggan mendedahkan lokasi yang dirancang itu.

Ramai pihak yang mendakwa kemungkinan akan ada pengumuman besar pada mesyuarat MT memandangkan pada petang Selasa lalu, Biro Politik Umno memutuskan untuk mempertimbangkan menarik diri daripada Perikatan Nasional.

Presiden Umno Zahid Hamidi sebelum ini mengaku “ramai” ahli parlimen Umno menyokong Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri baru dan menghormati keputusan itu dan tidak dapat menghalangnya.

Anwar telah mengadap Yang di-Pertuan Agong dan mengaku menyerahkan dokumen akuan berkanun dan surat berkaitan sokongan “lebih 120” ahli parlimen didakwa diperolehnya.

Istana bagaimanapun berkata tiada senarai diberikan.

Berita penuh : https://m.malaysiakini.com/news/546788

COMMENTS