Umno mulai rasa Pas mainkan mereka

Umno mulai rasa Pas mainkan mereka

Umno Kelantan yang mengunci mulut selama ini dan memerhati sahaja apa yang Pas lakukan kepada mereka, hari ini bersuara mempamerkan diri mereka sebenar sebagai parti tertua di negeri itu dengan memberi mesej kepada Pas supaya jangan “agah” sangat.

Satu kenyataan rengkas dikeluarkan Setiausaha Umno Kelantan bernada mengancam apabila membayangkan Umno tidak teragak-agak untuk bertanding di semua kerusi dalam pilihan raya akan datang di negeri tersebut.

Kenyataan empat perenggang itu dipetik sekiranya Pas bercenderung untuk mengenepikan MN yang disepakati sebelum ini, Umno dan BN Kelantan bersedia untuk meletakan calon disemua kerusi di Kelantan. Ini bermakna Umno akan berlawan dengan Pas seperti biasa dalam pilihan raya akan datang.

Kenyataan itu dikira Umno sudah tidak tahan lagi dengan sikap dingin Pas dalam melayani ta’awun yang dirangka dimana Pas lebih mementingkan diri sendiri dan mulai berubah sikap apabila mula menyertai PN dan wakil mereka dilantik menjadi menteri dan sebagainya.

Cadangan agar kerjasama Umno dengan Pas direalisasikan dengan penyertaan Umno dalam kerajaan Kelantan tetapi ditolak Pas dengan memberi analogi “Pas masuk rumah setelah rumah siap” amat mengecewakan Umno dan kenyataan itu menunjukkan Pas tidak sedia untuk bersama Umno.

Umno berharap mereka dibawa masuk ke dalam kerajaan Kelantan selepas menanda tangani piagam untuk menggambarkan kerjasama politik Umno Pas mendarah daging. Tetapi apabila Pas tidak bersedia untuk berkongsi kuasa dengan Umno ia menggambarkan Pas tidak serius dengan kerjasama itu.

Selain itu sikap Pas yang lebih senang dan mesra dengan Bersatu dan PN menjadi Umno insaf diri dan merasakan diri mereka dipencilkan. Keadaan ini dirasai oleh akal umbi Umno Kelantan tetapi tidak kepada beberapa individu Umno yang berkepentingan.

Kenyataan dikeluarkan itu agak keras dan menggambarkan kekecewaan Umno Kelantan memberi petunjuk kerjasama kedua buah parti bermusuhan sejak berdekad itu tidak akan berlaku. Trims.

Sumber :