Umno kata Pas ada 3 jahanam, ini respon ‘pedas’ Tuan Ibrahim

Umno kata Pas ada 3 jahanam, ini respon ‘pedas’ Tuan Ibrahim. Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, kecewa apabila terdapat seorang perwakilan UMNO yang melabelkan pemimpin PAS sebagai ‘jahanam’ ketika membahaskan usul Ucapan Dasar Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO, Sabtu lalu.

[bg_collapse view=”button-blue” color=”#ffffff” expand_text=”BACA ARTIKEL PENUH” ]

Beliau yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air, ketika mengulas perkara itu, berkata parti itu tidak puas hati dengan label yang dinyatakan Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Kelantan, Datuk Zawawi Othman itu dan menyifatkannya sebagai melampau.

“Saya menolak kenyataan itu (tiga jahanam) yang saya anggap sebagai melampau. Kita hormati semua parti politik, (dalam masa sama) tak bolehlah kita label dan kita letak istilah (kurang baik).

“Bagi saya, itu hak PAS lah, parti lain tak boleh campur (urusan parti). Tak perlu kita labelkan (orang) seperti itu yang saya rasa tak begitu manis,” katanya selepas menyerahkan Loji Rawatan Kumbahan Serantau Bandaraya Melaka di Batu Berendam, di sini hari ini.

Yang turut hadir, EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Zaidi Attan.
Umno kata Pas ada 3 jahanam, ini respon 'pedas' Tuan Ibrahim

Sabtu lalu, Zawawi dilaporkan berkata, UMNO Kelantan menganggap parti itu tidak boleh bekerjasama dengan PAS selagi ada tiga ‘jahanam’ yang memimpinnya.

Dakwanya, gelaran itu diberikan kerana dianggap `bermulut jahat’, membabitkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Naib Presiden, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat yang juga Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Tonton:

Baca:

Kisah persahabatan pemuda dan buaya besar ini curi tumpuan

Penat dengan rakyat Malaysia, Kak Long undur diri dari media sosial

Nelayan terkejut jumpa ipad dan macbook dalam kotak terapung di laut

[/bg_collapse]

CATEGORIES