Umno jangan jumud sangat dalam politik, tegur Ketua Armada Bersatu Perak

Umno jangan jumud sangat dalam politik, tegur Ketua Armada Bersatu Perak

Ketua Pemuda Bersatu Perak Mohd Hafez Mubin Mohd Salleh menegaskan kepada Umno agar memahami realiti politik baru serta jangan dangkal dan jumud dalam politik.

Menurutnya, bercakap berdegar-degar supaya Bersatu dibubarkan dan semua ahlinya kembali kepada Umno adalah cakap politik orang yang dangkal dan jumud.

Ia juga katanya merupakan cakap politik yang tidak diasaskan dengan sifir dan formula politik yang matang.

“Menyamakan Bersatu dengan Semangat 46 itu satu isbat yang lemah fikir. Semangat 46 tidak pernah menewaskan Umno.

“Memperkecil parti Bersatu, pada saat dan ketika ini mungkin membuatkan seseorang itu popular dalam Umno.

“Kononnya, mahu tampak berani dan lantang. Padahal yang sebenarnya ternampak jelas adalah sifat orang yang angkuh dan terlalu ujub dengan kehebatan diri,” katanya dalam satu kenyataan hari tu ni.

Beliau yang juga Pegawai Khas Menteri Besar Perak itu turut menegaskan kerana sikap angkuh dan takbur inilah yang membuat Umno jatuh tersungkur.

“Belajarlah dari sejarah, sahabat. Belajarlah.

“Tidak ada sesuatu yang “kekal” dalam politik. Gah pada sahut dan maki; sindir dan keji – sebenarnya membuka kelemahan diri sendiri,” katanya.

Berita penuh :

https://perakinsights.com/2020/07/10/umno-jangan-dangkal-dan-jumud-kata-bersatu-perak/

COMMENTS