Umno hanya tinggal mereka yang tak kenang budi sahaja

Umno hanya tinggal mereka yang tak kenang budi sahaja

Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Lokman Noor Adam melenting dengan kenyataan terbaharu ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin yang mahukan Umno untuk bergerak kehadapan dan melupakan isu yang berlaku ketika ini.

Menerusi hantaran Facebooknya hari ini, Lokman mendakwa, semua baka baik dalam Umno sudah dibunuh dan hanya tinggal mereka yang tidak mengenang budi sahaja.

Bagi beliau mudah untuk Khairy berkata ‘move on’ begitu oleh kerana Menteri Perikatan Nasional (PN) itu sendiri tidak pernah didakwa walaupun dikatakan pernah ‘ambil barang’.

Beliau dipercayai merujuk kepada kenyataan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu agar semua pihak mara ke depan dan lupakan Datuk Seri Najib Razak.

Beliau juga berang dan mempersoalkan, tidak bolehkah Khairy bersimpati sesama manusia yang dipercayai ditujukan kepada datuk Seri Najib Razak yang baru dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.

“Yelah bro. Masa bapa mertua kau Perdana Menteri, dari naik Satria Neo dan kau jadi kaya-raya, tak kena dakwa. bolehlah kau kata move on.

“Kau amik barang sampai sekarang pun tak kantoi, bolehlah kau kata suruh move on.

“Walaupun kau ni manusia tak kenang budi, tapi cubalah ada simpati sikit sesama manusia,” katanya membalas kenyataan ahli Parlimen BN itu.

Pada masa sama, Lokman berkata, salah satu punca Mahathir membenci Najib adalah disebabkan bekas Presiden Umno itu pernah mengangkat Khairy sebagai menteri.

Dakwanya juga, kesemua baka baik dalam Umno juga sudah dibunuh dan bakal dibunuh, yang tinggal hanyalah mereka yang tidak mengenang budi.

“Sekurang-kurangnya ingat sikit, salah satu punca Mahathir membenci bos lama kau ini ialah sebab angkat musuh politik anak dia, iaitu kau jadi Menteri.

“Semua baka baik dalam Umno dah dibunuh dan bakal dibunuh, tinggal baka tak kenang budi mcm ini je korang boleh angkat jadi Presiden Umno,” katanya lagi.

Berita penuh : https://malaysiadateline.com/kesemua-baka-baik-umno-sudah-dibunuh-marah-lokman-kepada-khairy/

COMMENTS