Umno dan Pas kini akui perebutan kerusi bertanding bakal retakkan hubungan

Umno dan Pas kini akui perebutan kerusi bertanding bakal retakkan hubungan

Belum apa-apa tampakkan pakatan Umno dengan Pas menerusi Muafakat Nasional sudah ada tanda-tanda retak. Apa dikatakan Tajuddin Rahman semasa merasmikan satu forum anjuran Wanita Umno menjelaskan akan hakikat itu.

Beliau meramal Umno akan berhadapan dengan masalah perebutan kerusi dengan Pas di kawan-kawasan tertentu. Beliau sudah jelaskan kebimbangan sejak awal tetapi semua tidak berani menyebutnya secara berterus terang.

Apa mengejutkan ahli MT Umno itu menyebut beliau tidak bersetuju dengan tindakan rampas kerajaan PH, kerana parti itu bersedia untuk menghadapi Piraum ke-15 sebagai pembangkang. Baginya penyertaaan Umno menumbangkan kerajaan PH satu kesilapan.

Secara tidak langsung Tajuddin juga memberi gambaran Umno kena main dengan Pas yang mulanya memberi sokongan kepada OT95 jadi PM sampai habis penggal kemudian bertukar sokong Muhyiddin.

Apa dapat ditafsirkan daripada kata-kata Tajuddin itu bukan senang untuk parti Melayu itu bermuafakat dengan parti Islam. Mungkin Tajuddin sudah mengenal macam mana cara Pas berpolitik. Sikap ditunjuk Pas di Kelantan dan Terengganu yang ingin mengaut semua kerusi menunjukkan wajah sebenar Pas.

Tengku Razaleigh Hamzah sudah lama mengenali Pas. Apapun dalam hal ini Pas sebagai parti politik tetap bijaksana dan masanya untuk merukah belakang Umno sudah tiba setelah kesekian lama menjadi inferiority complex dengan Umno. Trims.

Sumber :

COMMENTS