Umat islam zaman dulu bukan je kuat ibadah tapi digabungkan teknologi sekali, ini kisah canggihnya Masjid Sultan Sulaiman al-qanuni

Oleh INFORAKYAT

Umat islam zaman dulu bukan je kuat ibadah tapi digabungkan teknologi sekali, ini kisah canggihnya Masjid Sultan Sulaiman al-qanuni.

Seperti yang kita tahu pada zaman Sultan Sulaiman Al-Qanuni dari tahun 1520-1566M merupakan dianggap sebagai zaman kemuncak empayar Uthmaniyah baik dari segi perundangan, pendidikan dan perluasan kuasa.

Pada zaman itu kerajaan Uthmaniyah telah mencapai kemuncak dalam perluasan kuasa dengan perluasan kuasa

Umat islam zaman dulu bukan je kuat ibadah tapi digabungkan teknologi sekali, ini kisah canggihnya Masjid Sultan Sulaiman al-qanuni

ke atas 3 benua iaitu Eropah sehingga ke Hungary, Asia di Iraq serta beberapa kawasan Iran sehingga menganjur ke Teluk Arab dan kawasan Afrika Utara di Algeria, Tripoli dan Tunisia termasuk persisiran pantai Habsyah.

Sejarawan Indonesia iaitu Dr. M. Abdul Karim menulis, “baginda seorang penguasa yang Soleh. Mewajibkan rakyatnya Solat 5 waktu dan berpuasa di Bulan Ramadan.

Jika ada yang melanggar tidak hanya dikenai denda namun juga sangsi badan”.Beliau digelar Al-Qanuni atau Lawgiver kerana berjaya menyusun kembali undang-undang Uthmaniyah agar tidak bertentangan dengan syariat Islam dengan bantuan Mufti Uthmaniyah Iaitu Ebussuud dan undang-undangnya berkekalan sehingga abad 19.

Dr. Raghib as-Sijarni berkata, “Pada masanya juga muncul arkitek-arkitek ulung dalam sejarah Islam, seperti Sinan Basya yang berperanan besar dalam pembangunan-pembangunan Kerajaan Turki Uthmaniyah.

Ia juga yang memberikan sentuhan khas akan arkitek Uthmaniyyah. Sehingga orang dengan mudah mengenal bangunan-bangunan Uthmaniyah. Arkitek lainnya adalah Mimar Sinan. Dia membangunkan Masjid Sulaiman al-Qanuni atau dikenal juga dengan Jami’ as-Sulaimaniyah di Istanbul, pada tahun 964 H/1557 M.

BACA:

“Aku berserah je naik teksi ke airport dari rumah, sebelum naik tu, mak cuma cakap sebaris je tapi aku ingat sampai sekarang pesanan dia”

“Dulu ajar aku BM, sekarang kami belajar erti kehidupan bersama”, Kisah murid tackle Cikgu sampai kahwin