Ulat tiket ambil kesempatan jual balik tiket Justin Bieber 10 kali ganda

Ulat tiket ambil kesempatan jual balik tiket Justin Bieber 10 kali ganda.Tiket konsert Justin Bieber dijual mulai jam 11 pagi tadi dan menyaksikan para peminat telah menunggu awal untuk membeli tiket. Akan tetapi, tiket konsert tersebut habis terjual dalam masa 3 jam dan membuatkan ramai berasa kecewa.

Menjengah ke media sosial, rata-rata peminat yang berjaya mendapatkan tiket tersebut berkongsi kegembiraan mereka dan tidak sabar untuk menghadiri konsert itu pada bulan Oktober ini.

 

Akan tetapi, ada juga yang meluahkan rasa kecewa kerana gagal untuk mendapatkan tiket tersebut. Malah, ada juga yang berkongsi beberapa tangkap layar memaparkan cubaan ‘reseller’ untuk menjual kembali tiket konsert Justin Bieber dengan harga yang lebih mahal.

Ulat tiket ambil kesempatan jual balik tiket Justin Bieber 10 kali ganda

Dapat dilihat, harga tiket untuk CAT 7 hanyalah berharga RM288 tetapi dijual kembali dengan harga mencecah RM1,000.

Hal ini sering terjadi tetapi anda dinasihatkan untuk tidak membeli tiket daripada ‘reseller’ agar anda tidak kecewa kerana tidak dibenarkan masuk ke konsert.

Ini kerana, jelas dalam terma dan syarat pembelian tiket, jika didapati tiket dijual kembali maka tiket dianggap tidak sah. Oleh itu, jika didapati maklumat dalam tiket pembelian tidak sama dengan yang hadir, besar kemungkinan anda tidak akan dibenarkan masuk ke konsert.

Untuk pengetahuan anda, konsert jelajah Justin Bieber ini berlangsung pada 22 Oktober 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Untuk sebarang maklumat lanjut, boleh layari laman web rasmi Go Live Asia di sini.

TONTON:

BACA:

Pasangan Chef dicekup ‘bersama’ awal pagi ramadan di hotel

TNG eWallet umum perkenal skim pinjaman tidak patuh shariah

Meleleh buat buka puasa, ini resipi gulai ikan tongkol ‘pure’ Kelantan

CATEGORIES