“Ular sawa 100kg ditemui di kawasan pembinaan lebuhraya

Oleh AHMAD SULAIMAN

Penemuan ini telah mengejutkan orang ramai yang rata-rata terperanjat melihat saiz ular sawa batik yang didakwa bersaiz ‘anakonda’.

Ular sawa yang dianggarkan mempunyai berat lebih daripada 100kg itu dijumpai oleh seorang lelaki yang ketika itu

sedang menjalankan kerja-kerja pembersihan di kawasan tersebut menggunakan mesin excavator.

"Ular sawa 100kg ditemui di kawasan pembinaan lebuhraya

Panggilan kecemasan kepada pihak Bomba dibuat pada jam 12.11 tengah hari, dan menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selama, Mohd. Nor Khairi Johari, satu pasukan yang terdiri daripada 8 anggota segera dikejarkan ke lokasi kejadian.

Sebaik tiba di lokasi, mereka mendapati terdapat seekor ular sawa yang dianggarkan sepanjang lebih kurang 5 meter.

“Kawasan ini merupakan tanah milik persendirian dan sedang dibersihkan oleh kontraktor untuk pembinaan jalan.”

“Ketika kerja-kerja pembersihan sedang dilakukan, seorang daripada pekerja telah menjumpai seekor ular sawa di kawasan semak,” – katanya.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selama, Mohd. Nor Khairi Johari, pasukan Bomba yang berada di lokasi segera melakukan operasi menangkap ular itu dengan segera menggunakan alat penjerut sebelum ular itu kemudiannya diangkat menggunakan jengkaut disebabkan saiznya yang agak besar.

Difahamkan kerja menangkap ular tersebut berjalan dengan lancar kerana ular sawa terbabit tidak bertindak agresif.

Selepas lebih kurang 20 minit, ular tersebut berjaya ditangkap dan dibawa balik ke balai untuk diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan lanjut.

Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff ketika dihubungi berkata, ular sawa tersebut sudah pun berada dalam keadaan lemah sebelum kemudiannya disahkan mati.

“Ular ni kalau sudah lurus badannya, bermakna ia sudah berada dalam keadaan ‘nyawa-nyawa ikan’.

“Bangkai haiwan ini akan dilupuskan dengan cara ditanam,” kata lagi.

BACA: “Lepas subuh aku dah inform mertua nak pergi klinik sebab bleeding tapi dia cakap aku manja sangat, suami terpaksa tunggu keizinan mak dia”