Ular besar dalam pesawat, satu kabin jadi kecoh

Ular besar dalam pesawat, satu kabin jadi kecoh

Ular besar dalam pesawat, satu kabin jadi kecoh. Penumpang dalam pesawat United Airlines Penerbangan 2038 terpaksa berdepan detik cemas apabila menemui seekor ular dalam pesawat berkenaan pada Isnin lalu, lapor NBC News.

Difahamkan, ular jenis Garter yang ditemui itu bukanlah spesies berbisa, tidak seperti dalam filem Snakes on a Plane (2006).

Menurut United Airlines dalam satu kenyataan, penumpang memaklumkan perkara tersebut sejurus sahaja melihat reptilia itu sewaktu pesawat dalam perjalanan dari Tampa, Florida ke New Jersey.

Susulan itu, pihak berkuasa telah ditugaskan untuk mengawal situasi berkenaan.

Sebaik sahaja pesawat berkenaan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Newark Liberty pada petang Isnin, Jabatan Pihak Polis Berkuasa Pelabuhan dan Operasi Hidupan Liar kemudiannya berjaya menangkap dan membebaskan reptilia itu kembali ke habitat asal.

Ular besar dalam pesawat, satu kabin jadi kecoh

Bagaimanapun, kemunculan ular itu tidak menjejaskan penerbangan syarikat berkenaan namun cara ular tersebut memasuki pesawat masih belum diketahui.

Tiada kecederaan dilaporkan berlaku berhubung insiden berkenaan, maklum pihak berkuasa.

Kejadian itu, bukanlah pertama kali dilaporkan berlaku.

Terdahulu, penumpang dalam Penerbangan 23 Aeromexico dikejutkan dengan seekor ular yang tergantung di atas tempat duduk penumpang pada tahun 2016.

BACA:

Isteri Aliff Syukri dikejarkan ke hospital, menjerit sakit selepas ada pendarahan

Najib keluar kenyataan berkaitan PRU15, ini penegasan dari Penjara

Yana Samsudin desak padam hantaran dan buat permohonan maaf

CATEGORIES