Ulama Pas kata minta maaf tanda ada iman di hati, bila presiden Pas nak mohon maaf?

Ulama Pas kata minta maaf tanda ada iman di hati, bila presiden Pas nak mohon maaf?

Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin mempersoal sama ada Ahmad Dusuki Abd Rani sedar atau tidak bahawa ulama PAS itu mungkin secara tidak sengaja menyindir salah seorang pemimpin tertinggi partinya sendiri.

Mengulas kenyataan dibuat Ahmad Dusuki, Hanipa berkata ulama berkenaan menegaskan seseorang yang meminta maaf menandakan individu terbabit memiliki iman dalam hati.

Justeru, kata Hanipa, mengikut logik yang digunakan ulama PAS berkenaan, orang yang enggan meminta maaf sebaliknya tidak memiliki iman di hati.

“Minta maaf tanda ada iman!.. Ostad nak perli tuan guru presiden parti ostad ke? Tak ingat tuduhan Freemason?

“Jika ikut logik ostad, yang tak minta maaf tak ada imanlah kan?

“Jadi yang ada orang tulis surat dalam bahasa Arab tapi ada tipu dan fitnah orang dan sampai sekarang tak dengar lagi ada minta maaf, tak ada iman dalam hati ke ostad?” tulisnya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Awal hari ini Ahmad Dusuki yang juga anggota Jawatankuasa Ulama PAS Pusat memuji tindakan dua pemimpin Perikatan Nasional (PN) iaitu Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba; serta Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria.

Tulis surat berbahasa Arab

Adham menjadi bahan persendaan ramai apabila mendakwa beliau mengadakan persidangan dalam talian dengan wakil 500 negara, manakala Razman menghadiri pertamuan dan mengadakan jamual dengan Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Noor Azmi Ghazali.

Bagaimanapun dipetik The Star semalam, Adham berkata tidak menyatakan permohonan maaf sebaliknya menjelaskan beliau ‘tersasul’ kerana asalnya mahu menyatakan ada lebih 500 peserta dari seluruh dunia semasa sidang tersebut diadakan.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/521623