UEC: Siapa kerajaan masa lalu yang dimaksudkan Perdana Menteri?

UEC: Siapa kerajaan masa lalu yang dimaksudkan Perdana Menteri?

Menerusi kenyataan media dari Pejabat Perdana Menteri perenggan kedua, UEC telah mendapat pengiktirafan sebahagian (partial recognition) apabila kerajaan masa lalu telah menerima lepasan UEC untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda (PISMP) dalam bidang pengkhususan Bahasa Cina di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).

Siapa menjadi kerajaan pada tahun 2012 yang dinyatakan oleh Perdana Menteri pada perenggan ketiga?

Pada kenyataan tersebut, abah memaklumkan kerajaan pada tahun 2012 telah menerima lepasan UEC untuk mengikuti program PISMP dalam Bahasa Cina dengan syarat mereka lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan memperolehi sekurang-kurangnya gred kepujian dalam Bahasa Melayu.

Kenapa bercanggah dengan Kenyataan Media Kementerian Pendidikan Malaysia?

Ketika Kementerian Pendidikan Malaysia membuat iklan program PISMP pada bulan Mac yang lalu, mendapat pertanyaan dari netizen apabila ada menyebut UEC.

Lalu Kementerian Pendidikan Malaysia mengeluarkan kenyataan media pada 19 Mac 2020 dengan meletakkan 6 point.

Merujuk point nombor 2, KPM menjelaskan bahawa pengambilan pelajar dibawah program ini dibuat semenjak 2011 lagi.

Seterusnya pada point nombor 3, ketetapan bagi pengambilan calon guru lulusan SMA, SMU dan UEC telah diumumkan semasa pembentangan usul Rancangan Malaysia Ke-10 pada tahun 2010 oleh YAB Perdana Menteri ketika itu.

Siapa Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan ketika sebahagian sijil UEC diiktiraf oleh kerajaan masa lalu?

Kenapa kenyataan Perdana Menteri hanya menyebut kerajaan masa lalu dan tidak menyebut kerajaan Barisan Nasional?

Yang pasti tahun 2010, 2011, 2012 kerajaan masa lalu yang dimaksudkan oleh kenyataan Media Perdana Menteri bukannya DAP…..

Sumber :

COMMENTS