Tunggu ketibaan wakil rakyat, jambatan tiba-tiba runtuh

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

Sekurang-kurangnya tujuh orang maut, manakala berpuluh-puluh lagi cedera

selepas sebuah jambatan tepi laut runtuh ketika menunggu wakil rakyat.

Kejadian berlaku apabila ratusan orang berkumpul di atas jambatan atau jeti lama

untuk menyambut ketibaan seorang ahli politik tempatan, Andi Munaswir, di Pulau Banda.

Namun, jambatan itu runtuh secara tiba-tiba dipercayai akibat kapasiti yang berlebihan.

Tunggu ketibaan wakil rakyat, jambatan tiba-tiba runtuh

Ahli politik tersebut dijadualkan berucap pada satu perhimpunan awam berhubung pilihan raya tempatan yang akan datang.

Mangsa yang cedera telah dibawa ke Hospital Banda Naira dengan bot laju untuk mendapatkan rawatan lanjut.

baca: “Kalau aku dengan anak suami berkira, tapi untuk adik beradik dia RM50k pon dia bagi”