Tun Mahathir terbuka kerjasama dengan Anwar dan PH

Tun Mahathir terbuka kerjasama dengan Anwar dan PH

Tun Mahathir terbuka kerjasama dengan Anwar dan PH. Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr Mahathir Mohamad terbuka untuk mengadakan kerjasama politik dengan pihak-pihak tertentu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15, termasuk dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dr Mahathir secara peribadi berpendapat, soalan (kerjasama) itu perlu diajukan kepada Pengerusi Pakatan Harapan itu.

Dalam masa sama, bekas Perdana Menteri sebanyak dua kali itu berkata, beliau tiada masalah mengenai kemungkinan kerjasama itu selagi mana mereka berpegang kepada prinsip yang sama, iaitu melawan UMNO dan Barisan Nasional.

“Soalan itu patutnya ditanya kepada dia (Anwar). Tanya dia jika dia mahu kerjasama dengan saya, tetapi (saya tahu) dia tak mahu kerjasama dengan saya. I’m a very nice man (saya ini orang yang baik),” kata Dr Mahathir secara berseloroh.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat GTA di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini, sebagai langkah persiapan menghadapi PRU yang akan datang.

 

Tun Mahathir terbuka kerjasama dengan Anwar dan PH

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, GTA juga membuat pertimbangan untuk kerjasama politik dengan parti-parti lain yang dikira ‘sebulu’ dengan mereka, iaitu menentang UMNO dan Barisan Nasional.

“Siapa parti itu, saya tak boleh dedahkan lagi. Tetapi kita sanggup adakan kerjasama kalau mereka ingin selamatkan negara kita ini dari pemerintahan UMNO,” katanya lagi.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau juga terbuka untuk kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), biarpun parti pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu bertindak menyebabkan keruntuhan kerajaan Pakatan Harapan pada 2020.

“Kita akan timbangkan (kerjasama dengan Bersatu). We have to think who is the bigger traitor,” katanya ringkas.

Bercakap mengenai persiapan gabungan itu, Dr Mahathir berkata, GTA telah membuat ketetapan untuk menggunakan logo Parti Pejuang Tanah Air bagi calon-calon mereka, tetapi pengecualian diberikan kepada Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) di Kelantan.

Beliau berkata, setakat ini pendaftaran GTA sebagai parti politik masih belum diluluskan dan jika sempat diluluskan sekalipun, mereka akan menghadapi sedikit kekangan untuk menyediakan bahan kempen yang sewajarnya.

GTA ketika ini mempunyai empat parti politik utama, iaitu Pejuang, Putra, Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman) dan Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa).

Selain itu, GTA juga mempunyai ahli-ahli terdiri daripada persatuan bukan kerajaan (NGO), ahli-ahli akademik serta individu.

BACA:

Azri Iskandar dakwa bakal nikah dengan Dr Azra cuti sekolah ini

Parlimen bubar, harga ikan dan ayam terus mencanak naik

Nabil pengacara paling mahal di Malaysia, dibayar lebih RM40K satu ‘show’?

CATEGORIES