Tun M saran ahli parlimen tarik diri dan jatuhkan kerajaan macam Sheraton Move, tubuh kerajaan tebuk atap?

Oleh INFORAKYAT

Tun M saran ahli parlimen tarik diri dan jatuhkan kerajaan macam Sheraton Move, tubuh kerajaan tebuk atap?

Ahli Parlimen berhak menarik sokongan sekiranya tidak berpuas hati dengan pentadbiran kerajaan sedia ada.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed berkata, tindakan tersebut tidak menyalahi undang-undang.

Tun M saran ahli parlimen tarik diri dan jatuhkan kerajaan macam Sheraton Move, tubuh kerajaan tebuk atap?

“Saya berpendapat kalau satu kerajaan itu tidak mentadbir dengan baik, ahli parti sepatutnya menjatuhkan kerajaan dan pilih yang lain seperti mana berlaku sewaktu (Tan Sri) Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri.

Pada masa itu, UMNO tidak puas hati, UMNO tarik sokongan dan Muhyiddin jatuh dan digantikan dengan orang UMNO,” katanya menerusi sidang akhbar di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini pada Selasa.

Dr Mahathir berkata demikian mengulas keyakinannya Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat ditadbir sehingga tamat penggal.

Sementara itu, mengulas keyakinannya sama ada kerajaan hari ini mampu menyelesaikan masalah orang Melayu, Dr Mahathir berkata:

“Saya tak yakin sama sekali, kerana dia berpendapat bahawa tidak ada masalah khusus untuk orang Melayu sahaja. Semua masalah adalah bersama sebagai sebuah negara berbilang kaum,” katanya.
BACA:

Kenapa tiba-tiba ada kunci air di tengah laut di Perak? Ini cerita sebenarnya ada kaitan dengan anak yatim

Tengah sedap nak berbuka sekali kurma pula ada ulat, ini cara simpan kurma yang betul yang ramai tak tahu