Tun M makin uzur, lupa dah tiada kena mengena dengan UMNO

Oleh INFORAKYAT

Tun M makin uzur, lupa dah tiada kena mengena dengan UMNO. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa UMNO sudah gugur daripada perjuangan asalnya.

Dakwanya, UMNO tidak ada lagi dan apa yang wujud kini adalah ‘bangkai’ yang diperalat untuk menyelamat pemimpin yang bergelumang dengan jenayah.

“Apakah UMNO sudah diperalat oleh pemimpin yang durjana, yang menjadi UMNO alat untuk kepentingan pemimpinnya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tun M makin uzur, lupa dah tiada kena mengena dengan UMNO

Dr Mahathir melontar perkara itu mengulas antara ketetapan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berhubung kebimbangan parti itu sentimen permainan kaum dan agama yang terus menular.

UMNO menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas bagi membendung fenomena yang boleh merosakkan keharmonian negara.

Katanya, keputusan MKT itu bertentangan dengan Perlembagaan UMNO Perkara 3.3 yang menyebut UMNO parti membela kepentingan Raja-Raja Melayu, bangsa Melayu, Bumiputera, Anak Negeri Sabah dan Orang Asli…… (termasuk) perkara dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Beliau yang juga bekas Presiden UMNO berkata, sekarang orang Melayu yang rancang melancar proklamasi berkenaan masalah yang dihadapi oleh orang Melayu pun tidak dibenar.

“Proklamasi yang tidak sentuh kaum lain dianggap rasis.

“Jika orang Melayu tidak dibenar bincang masalah orang Melayu dan tidak boleh sentuh kaum lain, tidak pun boleh bincang akan ajaran agama Islam, maka akan terhapuslah kebebasan bersuara oleh orang Melayu.

“Apakah ini perjuangan UMNO. Apakah ini UMNO,” soal beliau.

Justeru. Beliau mengajak orang UMNO sedar bahawa UMNO sudah gugur perjuangan asalnya.

BACA:

“Saya nak berterima kasih padanya”, Wanita ini jejak guru cina yang bantu dia lanjutkan pelajaran selepas 36 tahun

Kenapa media barat galak promosi budaya hubungan songsang?! Ini sebab yang korang tak tahu