Tun M ikuti perbahasan anak muda secara online di Parlimen Digital

Tun M ikuti perbahasan anak muda secara online di Parlimen Digital

Saya mengikuti perbahasan di facebook Parlimen Digital dan kagum melihat inisiatif oleh sekumpulan anak muda. Mereka telah mengambil bahagian berbincang dan berbahas usul-usul yang dibawa secara objektif.

Ini membuktikan bahawa dalam apa juga suasana termasuk ketika berhadapan dengan pandemik COVID-19, sidang Parlimen boleh diadakan melalui platform digital dengan kaedah tele-conference tanpa perlu hadir di dewan rakyat.

Saya fikir Parlimen Digital mampu membuka peluang kepada anak muda berpidato dan berinteraksi secara sihat selain mengenal pasti pemimpin muda yang mempunyai bakat menjadi pemimpin.

Tahniah dan selamat maju jaya.

Sumber :

COMMENTS