Tular wanita seksi bergambar depan Masjid Al-Aqsa

Oleh INFORAKYAT

Tular wanita seksi bergambar depan Masjid Al-Aqsa. Rangkaian Hamas yang memerintah Semenanjung Gaza melancarkan kempen mengecam seorang pelancong Sepanyol yang menyiarkan gambar tidak sopan semasa melawat pekarangan Masjid Al-Aqsa, lapor akhbar Times Of Israel semalam.

Pelancong wanita itu memuat naik gambar dirinya memakai gaun hijau terbelah sehingga menampakkan paha dan sebelah kakinya, manakala bahagian dada turut terdedah. Gambar itu dirakam di hadapan tangga masjid tersebut.

Beberapa media yang dikaitkan dengan Hamas menyiarkan berita mengenai tindakan wanita itu dengan jurucakapnya, Hazem Kassam menggelar pelancong tersebut sebagai pelampau Zionis.

“Seorang pelampau Zionis mencemarkan pekarangan Al-Aqsa yang suci dengan memuat naik gambar tidak menutup aurat di media sosial.

“Ini adalah satu tindakan provokasi yang tidak pernah berlaku sebelum ini terhadap perasaan rakyat Palestin dan penerusan pencemaran kesucian Al-Aqsa serta penghinaan Zionis untuk seluruh penduduk Dunia Arab,” kata Kassam.

Tular wanita seksi bergambar depan Masjid Al-Aqsa

Badan penyiaran awam, Kan Israel menyatakan bahawa wanita yang identitinya tidak dikenali itu adalah seorang pelancong Kristian dari Sepanyol.

BACA:

Yusof Haslam jawab ‘kehilangan’ Kazar

Tun Mahathir tak gembira Najib dipenjarakan

BKM 2022: Tambahan RM500 masuk hari ini