Tular video wanita ‘belasah’ budak tengah makan dengan penyapu

Oleh INFORAKYAT

Tular video wanita ‘belasah’ budak tengah makan dengan penyapu. Tular video wanita belasah budak tengah makan dengan penyapu mengundang pelbagai reaksi di media sosial.

Menerusi video itu yang dikongsi di Tiktok menunjukkan wanita itu memukul dan meletakkan batang penyapu ke leher kanak-kanak perempuan itu atas sebab yang tidak dapat dipastikan.

Aksi wanita itu disaksikan oleh seorang lagi wanita yang duduk bersama kanak-kanak berkenaan di meja makan sebuah kediaman.

Kejadian itu disaksikan oleh wanita yang seorang lagi yang duduk bersama kanak-kanak tersebut di meja makan. Dia hanya berpeluk tubuh kanak-kanak itu dibelasah.

Pemilik akaun Tiktok The Aqil 7 minta orang ramai viralkan video ini di akaunnya. “Tolong gunakan kuasa viral netizen bantu Aqil. Justice for Alia, shame on you,”

Tular video wanita 'belasah' budak tengah makan dengan penyapu

Pemilik akaun tiktok tersebut juga sedang berada di balai polis untuk membantu siasatan untuk tindakan selanjutnya.

“Saya yang rakam video tu sendiri untuk bahan bukti laporan polis. Alhamdulillah polis bagi kerjasama dengan baik untuk pihak Alia.

“Saya akan jelaskan lebih lanjut lepas semua reda sebab sekarang saya dekat balai dan masih dalam siasatan.

“Saya harap sokongan anda semua dan doakan untuk kami berjuang demi Alia,” ujar Aqil di Instagram Story.

Aqil berkata wanita itu merupakan mak angkat kepada kanak-kanak malang itu yang baru dijaganya kurang tempoh setahun.

BACA:

Wartawan Israel selamba seludup masuk tanah haram Mekah dikecam

Bekas MB Selangor dalam keadaan kritikal

Pengantin minta tetamu bayar RM500 seorang untuk tampung belanja RM213,000 kos kenduri