Tular video tikus makan ayam mamak, KKM minta netizen cari restoran ini

Tular video tikus makan ayam mamak, KKM minta netizen cari restoran ini

Tular video tikus makan ayam mamak, KKM minta netizen cari restoran ini. Tular sebuah video berdurasi beberapa saat yang menunjukkan seekor tikus sedang menikmati hidangan ayam yang tersedia di kedai makan.

Video yang dimuat naik oleh Zoeyhanafiah di akaun Twitter miliknya itu tular dan ditonton lebih 100,000 kali.

Di dalam video tersebut, kelihatan seekor tikus bersaiz besar sedang memakan hidangan ayam goreng yang tersedia di restoran terbabit.

Tidak pasti restoran ini di mana, tetapi melalui catatan yang ditulis bersama-sama dengan video tersebut, dipercayai bahawa tempat tersebut adalah restoran mamak.

Tular video tikus makan ayam mamak, KKM minta netizen cari restoran ini

Ciapan itu tular di kalangan netizen di Twitter dengan kebanyakan komen terkejut dengan video terbabit.

Ciapan ini turut mendapat perhatian Kementerian Kesihatan Malaysia, di mana mereka meminta maklumat terperinci seperti lokasi dan nama restoran terbabit.

“Mohon bantu kami berikan maklumat. Kami akan ambil tindakan selanjutnya dengan kadar SEGERA,” kata KKM.

Tular video tikus makan ayam mamak, KKM minta netizen cari restoran ini

BACA:

Ini petua dari nelayan, cara pilih ikan Gelama sedap buat lauk

“Ni dah level lain ni!” – Roti canai banjir jadi rebutan

Kecoh video Cinta Laura buat aksi tarian tiang

CATEGORIES