Tular video suri rumah menangis hospital minta RM5000 rawat suami kena Covid-19

Tular video suri rumah menangis hospital minta RM5000 rawat suami kena Covid-19

Hari ini tular satu rakaman video yang dimuatnaik oleh seorang suri rumah meminta belas ihsan masyarakat kerana suaminya ditahan di sebuah hospital akibat disahkan positif Covid-19.

Dalam rakaman video berdurasi kira-kira 3 minit itu, suri rumah berkenaan mendakwa suaminya di bawa ke HUKM kerana disahkan positif Covid-19 tahap 5 dan tidak sedarkan diri. Beliau kesal kerana tidak ada pegawai hospital mahupun KKM yang menghubunginya bagi memaklumkan keadaan suami beliau.

Paling memilukan, setelah 5 hari suaminya di tahan di wad, pihak hospital menghubungi beliau meminta bayaran deposit sebanyak RM5,000.00. “Dengan aku tak bekerja, anak 3 orang, seorang OKU. Mana aku nak cari duit lima ribu dengan keadaan aku macam ni?”

“Pihak KKM pun tak hubungi aku, tanyakan keadaan kitaorang satu keluarga ni. Kitorang terpaksa kuarantinkan diri sendiri, makan je apa ubat yang ada,” rintih beliau lagi.

Sambil menyatakan keadaan beliau yang serba kekurangan dan tidak mampu untuk menjelaskan bayaran yang diminta, beliau turut meminta netizen untuk menularkan rakaman video berkenaan supaya sampai kepada pihak atasan

“Korang viralkanlah video ni biar sampai ke pihak atasan, biar diorang buka mata. Aku dah tak tahu nak buat apa lagi dah, pihak berwajib, pikirlah keadaan orang macam kami ni…” katanya sayu mengakhiri video berkenaan. – NK