Tular video suami kena tampar dengan bini sendiri atas pentas

Tular video suami kena tampar dengan bini sendiri atas pentas

Tular video suami kena tampar dengan bini sendiri atas pentas. Seorang lelaki dipercayai suami orang terpaksa berdepan satu situasi yang memalukan apabila ditampar oleh isteri tercinta tatkala sedang seronok menyanyi bersama beberapa orang wanita di atas pentas.

Hampir terjatuh lepas kena tampar

Berdasarkan rakaman video yang viral di media sosial, seorang lelaki berkemeja dirakam berdiri di atas pentas sambil memegang mikrofon. Lelaki separuh usia itu dilihat sedang asyik menyanyi bersama beberapa wanita di atas pentas majlis tersebut yang dipercayai berlangsung di Jakarta, Indonesia.

Secara tiba-tiba, muncul seorang wanita bertudung hitam yang terus naik ke atas pentas lantas menarik baju lelaki berkenaan. Dia kemudian menampar pipi lelaki dipercayai suaminya itu sehingga membuatkan lelaki tersebut hampir terjatuh.

Minta isteri turun pentas

Tular video suami kena tampar dengan bini sendiri atas pentas

Kekecohan itu disusuli dengan peringatan daripada salah seorang penyanyi wanita agar isteri kepada lelaki berkenaan dan suaminya turun dari pentas.

Sila hentikan (kekecohan). Mohon maaf encik dan puan, sila turun dari pentas.

Video tersebut menerima pelbagai reaksi daripada netizen. Ada di antara netizen yang bersetuju dengan tindakan wanita tersebut malah, ada yang mengatakan bahawa pasangan berkenaan perlu berbincang dan menyelesaikannya secara baik.

@xtra_my Alahai.. pakcik patut ajak bini berdangdut sekali 😅 Kan dah kena setepek🥲 #fyp #xtramy #indonesia #dangdut #isteri #marah #beritaditiktok #viral ♬ original sound – XTRA

BACA:

Kos Umrah naik mencanak lagi

Neelofa geram orang ramai sebar gambar Bilal

Produksi lambat bayar, Wan Maimunah akui terpaksa ‘mengemis’

CATEGORIES