Tular video seorang bapa bekerja sambil dukung anak, rupa-rupanya isteri dia dah..
Tanyalah pada mana-mana ibu atau bapa tunggal di luar sana, tidak mudah bagi mereka untuk membesarkan anak-anak sendirian tanpa isteri atau suami.
Begitu juga dengan kisah bapa tunggal ini, yang telah kehilangan isteri sejak beberapa bulan lalu.
Kini dia memainkan peranan sebagai ibu dan ayah kepada anak perempuannya yang masih lagi kecil. Cekal bekerja sambil
Jika ditanya pada mana-mana ibu atau bapa tunggal di luar sana, tidak mudah bagi mereka untuk membesarkan anak-anak sendirian tanpa pasangan.
Satu kisah bapa tunggal yang telah kehilangan isteri sejak beberapa bulan lalu menjadi tular di laman sosial.
“Kisah pilu harus dihadapi bapak satu ini, beliau yang berprofesi sebagai tukang tambal ban kini harus mengasuh anak perempuannya seorang diri, dengan berbekal kain, anak bapa satu ini pun digendongnya saat bekerja bahkan sampai tertidur lelap
“Disaat butuh perhatian lebih dari seorang ibu saat usianya beranjak besar, takdir berkata lain, ibunya meninggal kurang lebih 3 bulan lalu karena sakit dan meninggalkan malaikat kecil serta bapaknya tersebut
“Lokasi beliau ada di Jln. Kh. Abdullah Bin Nuh, Rancagoong (samping penjual es kelapa), sekitaran TW Hotel
“Bismillah, untuk warga Cianjur dan orang – orang baik lainnya, bila melewati jalur tersebut bisa isi angin atau berikan sedikit bantuan untuk keluarga kecil ini
“Hatur nuhun infonya”
Kisah bapa yang berasal daripada Cianjur, Indonesia, mula tular di Instagram pemilik akaun Visit Cianjur, yang memuat naik video memaparkan bapa itu sedang berkerja sambil menggendong anaknya.
Walaupun terpaksa melakukan pekerjaan berat sebagai penampal tayar, bapa itu tidak mahu anak kecilnya kurang perhatian dan menjaga sendiri anaknya tanpa bantuan orang lain.
View this post on Instagram
Lihatlah, disebelah tangan dia menggendong anak sehingga tertidur di bahu, manakala sebelah lagi tangan digunakan untuk bekerja bagi mencari rezeki buat keluarganya.
Begitu besar pengorbanan ayah ini, sesulit mana pun hidupnya, sama sekali dia tidak mahu membiarkan anaknya yang baru kehilangan ibu berasa kurang kasih-sayang.
Semoga perkongsian ini memberi pengajaran yang berguna bagi semua anak-anak menghargai jasa dan pengorbanan ibu bapa.
BACA:
Tahukah anda kenapa kapal ‘Titanic’ tidak diangkat keluar dari laut? Ini sebabnya