Tular video selebriti terkenal mandi pakai lingerie je, sekali lain pula yang netizen perasan
Tular di TikTok satu video yang mempamerkan pelakon wanita Malaysia yang kini menetap di Australia, Raja Ilya sedang mandi di dalam bilik air.
Menerusi video tersebut, Ilya yang hanya memakai baju tidur atau lingerie itu membasahkan rambut dan menggunakan syampu.
Rakaman itu dipercayai dibuat untuk mempromosikan produk syampu namun pemakaian Ilya yang seksi dan menayangkan sebahagian tubuhnya menjadi perhatian warganet.
Video berkenaan dimuat naik oleh akaun asing dan bukanlah selebriti itu sendiri malah tidak diketahui jika ia merupakan rakaman yang baru atau sudah lama.
@selebriti.malaysi #fyp #malaysia #artismalaysia #rajailya ♬ original sound – selebriti malaysia
Namun ruangan komen hantaran itu dipenuhi kaum Adam malah ada yang memberikan komen gatal berkenaan baju tidurnya dan ada yang memerlinya sudah tiada job sehingga perlu merakam video sebegitu.