Tular satu video di media sosial memaparkan sebuah aktiviti wanita urut lelaki bukan mahram sebagai bahan pengisian dalam sebuah program di Pulau Pinang baru-baru ini.
Menerusi satu perkongsian di Facebook, Abi Khair Azhari telah memuat naik satu video memaparkan beberapa individu lelaki sedang diurut.
Pada video itu, rata-rata semua yang berada di tempat urut tersebut termasuk
individu yang mengambil rakaman tersebut saling bergelak tawa dan menikmati perkhidmatan urutan badan tersebut.
wanita urut lelaki
Namun begitu, program tersebut menerima kecaman ramai selepas tukang urut tersebut yang jelas-jelasnya wanita tanpa segan silu memegang badan peserta lelaki.
Dalam pada itu, individu yang memuat naik video itu juga mendakwa wanita yang menjadi tukang urut pada program itu merupakan kakitangan kerajaan.
Menjengah ke ruangan komen, ramai mengecam tindakan individu-individu berkenaan yang seakan-akan tidak takut dengan hukum Allah SWT.
Menerusi tinjauan, masih belum ada mana-mana pihak berkaitan pada program tersebut yang tampil memberikan penjelasan berkenaan video tular ini
BACA: Kerja petik buah durian je, tapi gaji pemetik cecah RM9000 sebulan!